Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

20 May, 2011

May 20, 2011 - Cinta Facebook - Lesap RM38 000

Jaja cinta

KUALA LUMPUR: Satu sindiket penipuan melalui laman sosial didalangi warga Nigeria yang menyasarkan ahli perniagaan terutama wanita tumpas apabila polis menahan tiga suspek termasuk sepasang suami isteri dalam dua serbuan, Isnin lalu.
Kegiatan sindiket dikenali ‘African Scam’ itu yang beroperasi di Seri Kembangan, dekat sini, terbongkar selepas seorang ahli perniagaan wanita warga Taiwan membuat laporan ditipu membabitkan kerugian berjumlah RM380,000.

Mangsa yang berusia 43 tahun berkenalan dengan seorang daripada suspek melalui facebook yang menggunakan nama John Miller berasal dari Britain, sebelum menjalin hubungan cinta. Suspek dikatakan memperdayakan mangsa konon akan memberi hadiah wang tunai dan barangan bernilai �950,000 (RM4.6 juta) yang akan dihantar menerusi syarikat penghantaran di Malaysia.

Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata, serbuan pertama dilakukan kira-kira jam 4.30 petang menahan seorang wanita tempatan berusia 38 tahun bersama suaminya, warga Nigeria berusia 39 tahun.

Menurutnya, seorang lagi lelaki warga Nigeria berusia 26 tahun yang juga pelajar kolej swasta di ibu negara, ditahan dalam serbuan susulan di Cheras.

“Kami merampas wang tunai hampir RM60,000 dalam pelbagai mata wang serta pelbagai barang kemas dianggarkan bernilai RM100,000.


“Selain itu, polis turut merampas beberapa komputer riba, telefon bimbit, peralatan Internet dan beberapa dokumen termasuk buku cek dan kad juruwang automatik (ATM) serta kad kredit pelbagai bank dipercayai digunakan suspek bagi menipu mangsa,” katanya di sini, semalam.

Katanya, mangsa yang menetap di Taiwan tidak pernah bertemu suspek dan hanya menjalin hubungan cinta melalui alam maya, namun menyedari dirinya ditipu selepas membuat beberapa transaksi melalui Western Union (WU) sebelum datang ke Malaysia untuk memastikannya dan membuat laporan di Kedutaan Taiwan, di sini, Februari lalu.

Beliau berkata, wang dipinta suspek itu konon bagi menjelaskan bayaran beberapa sekatan bagi membolehkannya tiba di negara ini.

“Siasatan mendapati isteri warga Nigeria itu menjalankan perniagaan sewa kereta dan transaksi wang dilakukan mangsa ke akaun syarikatnya.

“Kami menyita empat kenderaan dianggarkan bernilai RM400,000 yang didaftarkan atas nama syarikat itu bagi siasatan lanjut,” katanya.

Semua suspek direman empat hari dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...