Wanita mengaku curi dalam surau
KOTA BHARU: Tindakan seorang ibu kepada dua anak mencuri barangan berharga milik dua wanita yang sedang menunaikan solat di surau sebuah pusat beli-belah dekat sini, mengundang padah apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan dan denda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Majistret Norhaslinda Che Seman dalam keputusannya menjatuhkan hukuman itu terhadap Zuraina Uddin, 31, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan dengan niat jahat mencuri di surau di Pasaraya Parkson, dekat sini, antara jam 3.15 petang hingga 3.45 petang, 14 Mei lalu.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mencuri telefon bimbit berjenama, sebuah jam tangan berjenama milik Tuan Siti Nuurjannah Tuan Soh, 20, bernilai RM900 dan dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan dan denda RM1,000 serta berdepan hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda.
Untuk pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mencuri telefon bimbit berjenama bernilai RM100, milik Syahmi Nadia Che Lah, 17, dan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM400 serta berdepan hukuman penjara 10 hari jika gagal membayar denda.
Zuraina yang bekerja sebagai tukang jahit didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

No comments:
Post a Comment