Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

25 May, 2011

May 25, 2011 - ISTERI GHAIB !!!!!!!

Isteri menghilang
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my
KUALA KANGSAR: Baru dua bulan berkahwin dan bergelar suami, seorang lelaki hanya mampu termanggu sedih apabila isteri yang dikahwini ‘ghaib’ dari rumah selepas berlaku pertengkaran kecil.
Wanita dikenali Noor Junenna Faizul, 21, berasal dari sebuah kampung berhampiran kawasan Istana Kenangan, Bukit Chandan di sini, itu menghilangkan diri daripada rumahnya kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu.

Bagaimanapun, usaha mengesan wanita berkenaan sejak lima hari lalu gagal menemui apa-apa petunjuk sekali gus meresahkan suami serta neneknya yang kini sedang menderita penyakit buah pinggang dan darah tinggi.
Suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 46, berkata dia mengakui berlaku perselisihan faham kecil namun tidak menyangka isterinya nekad lari meninggalkannya serta neneknya yang sedang sakit.

Mat berkata, ketika kejadian, dia tiada di rumah kerana keluar ke kebun manakala isteri pula sempat membawa neneknya ke sebuah klinik swasta kira-kira jam 9 pagi bagi menjalani rawatan haemodialisis.

Bagaimanapun, katanya, isterinya menghilangkan diri sebaik menghantar neneknya pulang ke rumah.
“Saya sedar kesilapan saya dan mengakui ada sedikit perselisihan faham dengan isteri namun, saya berharap dia dapat pulang kerana opahnya (nenek) amat merinduinya.

“Saya juga ingin memohon maaf kepadanya dan mahu dia pulang segera. Opahnya yang paling terkesan dengan kehilangannya itu kerana dia yang menjaga Noor Junenna sejak kecil,” katanya.
Mat berkata, dia mengesyaki Noor Junenna disembunyikan rakan perempuan isterinya itu malah, tidak menolak kemungkinan dilarikan lelaki lain.

Katanya, dia juga sudah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar kelmarin. Sementara itu, nenek Noor Junenna, Che Gayah Chik, 64, ketika ditemui semalam tidak dapat menyembunyikan kesedihannya selain banyak termenung mengenangkan cucunya itu.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Noor Junenna boleh menghubungi Mat di talian 017-5073358 atau melaporkannya kepada balai polis berdekatan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...