IMPIAN seorang gadis, Nora Elena untuk berkahwin dengan jejaka pilihan, Idham masih kabur. Dia terus dibelenggu trauma silam akibat pernah dirogol.
Memberi kesan mendalam kepada emosi, Idham pula sangsi dengan kesetiaan cinta kekasihnya itu hingga bertindak menangguhkan majlis perkahwinan.
Idham percaya cinta Nora sudah berubah kepada majikannya sendiri, Seth Tan.
Persoalan siapakah jejaka yang bertakhta di hati Nora dan apakah kesudahannya?
Kisah ini menjadi tarikan pada drama terbaru, Nora Elena yang ditayangkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam.
Drama 24 episod yang disiarkan menerusi slot Akasia ini menampilkan gandingan tiga pelakon utama, Aaron Aziz sebagai Ahmad Seth Tan, Siti Saleha (Nora Elena) dan Zul Ariffin (Idham).
Dibantu Wan Sharmila, Erry Putra dan Puteri Fateen, drama arahan M Nazir Juhan (Jet Lee) ini mengangkat novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha diolah semula, penulis skrip, Maizura Mohamad Ederis.
Jet Lee berkata, sambutan awal diterima penonton ketika ini cukup menggalakkan. Pada hari episod kedua ditayangkan, lebih 1,000 peminat berkunjung di laman sesawang, facebook (fb) drama ini.
“Saya fikir drama ini mempunyai tarikan dari aspek barisan pelakon dan plot yang ingin disampaikan pada penonton. Jika diikutkan novel Kasih Yang Suci sudah mempunyai ramai peminat dan ini secara tidak langsung mengajak mereka menonton versi drama.
“Dengan adanya novel ini, ia memberi kelainan baru kepada penonton. Tajuk cerita ini diubah kerana judul sama pernah digunakan dalam drama lain.
“Tiga watak utama iaitu Aaron, Siti dan Zul memberi kombinasi baik pada kekuatan drama ini. Siti walaupun masih baru, tetapi dia mempunyai potensi serlah bakat lakon dalam diri.
“Apapun, cerita ini diolah semula antara 70 hingga 80 peratus berbanding novel asal yang hanya boleh diambil setakat 13 episod,” katanya.
Katanya, penggambaran drama ini mengambil masa hampir tiga bulan bermula 1 Februari lalu.
Secara peribadi, dia melihat drama ini memberi tarikan pada penonton muda.
“Seperti Nur Kasih, impak sama dapat dilihat apabila lebih ramai penonton mula suka menonton drama Melayu.
Hakikatnya, drama ini bukan saja tarik perhatian penonton wanita, malah lelaki juga minat sama terhadap drama ini.
“Watak asal masih dikekalkan seperti Seth Tan, watak itu sepatutnya Cina Muslim, tetapi pemilihan Aaron tetap beri kekuatan.
“Begitu juga, watak sampingan dalam drama penting untuk membantu watak utama,” katanya yang pernah menjadi penulis bersama siri Nur Kasih.
Siti Saleha berkata, dia gembira dan bertuah atas kepercayaan diberikan produser padanya membintangi drama ini.
Katanya, Nora Elena memberi peluang besar kepadanya menyerlah bakat lakon sendiri.
“Memang seronok ketika melalui proses penggambaran drama ini apatah lagi Jet Lee dan Aaron juga banyak membantu saya menghayati watak dengan berkesan,” katanya

No comments:
Post a Comment