Assalamualaikum & Selamat berjumpa lagi
Semalam daddy bercuti sehari sebab ibu-bapa mertua daddy nak mengerjakan umrah & ziarah semalam .
Alhamdulillah semua nya dh selamat berangkat lebih kurang pukul 5.00 petang semalam .
Semalam dalam pukul 9.30 semalam , mereka dh pun tiba di Tapah, Perak dalam perjalanan ke KLIA.
Mengikut perancangan, mereka semua akan naik flight pukul 2.00 awal pagi tadi menuju ke Syria untuk aturcara ziarah sebelum berangkat ke Mekah.
Yang pergi semalam dari kg daddy adalah seramai 15 orang dan ibadat umrah kali ini dipimpin oleh
pakar motivasi - al ustaz Abdullah Khairi Haji Harun yg juga kaum kerabat daddy sebelah wife .
Yang tak tahan semalam , masa ustaz khairi baca doa sebelum semua orang naik bas..... oooo lupa nak bagi tau , semua yang pergi semalam berhimpun dekat sebuah Gudang besar milik rakan daddy . So penuh lah gudang tu semalam dan bila doa dibaca sahaja, kesayuan mula mencengkam jiwa setiap orang yang ada kt situ . Daddy sendiri dh beberapa kali menghantar org tua daddy serta mertua mengerjakan haji dan umrah , tapi tk pernah rasa sayu begitu ....tapi semalam memang tak dapat tahan ....air mata menitis laju ke pipi....lagi dihalang , lagi banyak yang menitis penangan doa sayu oleh al ustaz abudullah khairi.......
Yang tk kenal, cuba lah dengar2 ceramah ustaz abdullah Khairi ni ....
Yang misai melengting pun pasti menitis air mata....
Daddy baru ikut ceramah nya di Masjid Permatang Tok Dik hari rabu minggu lepas......Memang BEST !!!!
No comments:
Post a Comment