Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

18 May, 2011

May 18, 2011 - POLIS PENCEN MAUT LARI DARI PENCEGAH MAKSIAT

Jatuh tingkat 16 elak kena cekup
Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Tindakan bekas pegawai polis yang cuba meloloskan diri dengan memanjat tingkap bilik dihuninya di tingkat 16, hotel di Jalan Raja Muda Aziz, di sini, bagi mengelak dicekup pegawai pencegah maksiat, membawa padah apabila dia maut selepas terjatuh, awal pagi semalam.
Mangsa yang berusia 62 tahun dikatakan terkejut apabila pintu biliknya diketuk sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk melakukan pemeriksaan dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu.
Bimbang ditahan, lelaki itu bertindak membuka tingkap bilik didiaminya dan keluar melalui tingkap bilik itu sebelum ditemui mati di lantai balkoni tingkat lima hotel berkenaan dengan kesan kecederaan parah di kepala.

Ketika kejadian, mangsa yang sudah berhenti daripada perkhidmatan polis pada 1992 dikatakan bersama wanita berusia lingkungan 40-an dalam bilik berkenaan.
Difahamkan, sepasukan pegawai penguat kuasa Jawi yang melakukan pemeriksaan cegah maksiat mengetuk pintu bilik mangsa sebelum dibuka wanita yang dipercayai menginap di bilik berkenaan bersama lelaki terbabit.
Sejurus pintu dibuka, pegawai penguat kuasa meluru ke dalam bilik sebelum mendapati tingkap bilik berkenaan terbuka dan apabila pemeriksaan dilakukan, pegawai terbabit ternampak mangsa terbaring di lantai balkoni tingkat lima hotel

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...