6 Sebab Perkahwinan Harus Ditunda
Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa. Ia memerlukan komitmen, persefahaman, tolak ansur dan sebagainya. Jarang sekali kedengaran perkahwinan dipaksa kecuali ibu bapa yang sangat kolot pemikirannya.
Anda juga mungkin sudah saling mengenali hati budinya dan kerana itulah anda mahu mengakhiri perhubungan dengan ikatan per kahwinan. Bagi pasangan di alam pertunangan, anda tentu saja tidak sabar-sabar untuk menunggu hari bahagia di mana pelbagai persiapan perlu dilakukan. Pun begitu, ada sebab-sebab mengapa sebuah perhubungan tidak menjadi. Ikuti sebab-sebab mengapa anda harus menundakan sebuah perkahwinan?
1. Satu Kesilapan
Melangkah ke gerbang perkahwinan terutama dengan orang yang dicintai adalah sesuatu yang cukup indah. Namun begitu ada kalanya perkahwinan boleh jadi sebaliknya, menjerat diri sendiri.
Melangkah ke gerbang perkahwinan terutama dengan orang yang dicintai adalah sesuatu yang cukup indah. Namun begitu ada kalanya perkahwinan boleh jadi sebaliknya, menjerat diri sendiri.
Bagi anak-anak yang pernah menjadi mangsa deraan atau mangsa perkahwinan ibu bapa yang musnah, tidak mustahil perkara ini akan kembali berulang kepada. Tidak bersedia dari aspek mental dan fizikal mahu pun soal kewangan juga antara punca mengapa anda telah melakukan satu kesilapan.
2. Tidak Bersedia
Perkahwinan memerlukan komitmen baik di pihak lelaki dan wanita. Tika anda mengambil keputusan untuk berkahwin dan mempunyai ahli keluarga sendiri, anda harus bersedia bukan saja dari soal kewangan tetapi bebanan-bebanan lain yang harus ditanggung termasuk soal keluarga mentua, ipar duai dan sebagainya.

Jangan sesekali berasa anda orang bujang. Kalau itulah yang anda fikirkan, perkahwinan anda boleh musnah. Sesetengah pasangan, baik lelaki mahu pun wanita, mereka tidak bersedia meninggalkan zaman bujang yang mana diri bebas membuat apa saja tanpa memikirkan orang lain.
Boleh pulang lewat malam, boleh ke mana saja tanpa memberitahu, boleh keluar dengan sesiapa saja dan sebagainya. Jika anda berbuat demikian selepas berkahwin maknanya anda memang mengheret rumah tangga anda ke kancah perceraian. Tanyalah pada diri, adakah anda sudah bersedia membuang semua tabiat lama dan bersedia memikul satu tanggungjawab baru? Kalau belum, bersabarlah. Biar masa yang menentukan bila anda akan berkahwin.
Memang Tiada Orang Berkahwin untuk bercerai apatah lagi jika kos perkahwinan itu sesuatu yang sangat mahal namun perceraian adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan jika sudah tiada persefahaman, pastikan anda yang mahu berkahwin bersedia dari semua aspek kerana apabila anda sudah melakukan satu kesilapan, ia sesuatu yang tidak boleh diputar kembali.
3. Berkenalan Terlalu Lama
Apabila anda mengenali seseorang terlalu lama, anda sudah faham luaran dan dalamannya. Maksudnya anda tahu apa yang dia suka atau tidak dan sebagainya. Ia adalah satu kesilapan kerana kala itu anda mungkin sudah menganggapnya sebagai kawan-kawan sahaja.

Jadi sebaik-baiknya, jangan ambil terlalu banyak masa untuk berkenalan. Cukup setahun dua dan tidak perlu lima ke enam tahun. Ingat, anda akan duduk serumah dengannya dan anda akan kenali sikapnya lebih lama. Jadi kalau perasaan bosan melanda, bermakna anda sudah melakukan satu kesilapan dalam hidup apabila berkahwin.
4. Terlalu Cemburu
Cemburu baik untuk sebuah persahabatan, perkenalan, percintaan dan sebagainya kerana anda dapat mengukur sejauh mana dia menyayangi dan mencintai anda. Namun kalau sudah terlalu cemburu ia akan menyusahkan hidup.

Pantang anda keluar, ada saja pertanyaannya yang mungkin membuatkan anda bosan menjawabnya. Bila bosan disoal, anda mungkin akan selalu bergaduh. Jadi kalau cari pasangan, carilah yang tidak terlalu cemburu. Jika tidak anda akan berasa hidup terkongkong dan dikawal.
Terlalu Cerewet Tentang Persiapan Perkahwinan
Pernahkah anda berhadapan dengan situasi ini? Si dia memberikan pelbagai komen tentang segala persiapan perkahwinan anda. Baju yang dipilih katanya tidak cantik, cincin yang dibeli dirasakan kurang berlian, terlalu besar, hantaran pula tak menepati cita rasa dan sebagainya hingga akhirnya akan membuatkan anda berasa sangat kecewa. Kalau anda berhadapan dengan situasi ini, anda mungkin boleh memikirkan untuk meninggalkan dirinya. Tidak mustahil, dia akan terus bersikap cerewet hingga anda naik darah.

Bersikap Sambil lewa
Perkahwinan adalah hari bahagia dalam hidup lelaki mahu pun wanita. Kalau boleh anda mahukan semuanya nampak serba sempurna baik di mata anda mahu pun di mata tetamu. Namun ada sesetengah orang, tidak kira lelaki mahu pun wanita bersikap sambil lewa dan membiarkan anda menguruskan semuanya.

Diajak pergi beli barang hantaran, jawapannya letih dan sebagainya. Ini menunjukkan mereka tidak punya komitmen dalam perkahwinan. Jadi janganlah anda mengharapkan sesuatu yang lebih hebat darinya iaitu dia mampu menjaga anda kelak. Bagaimana dia mahu menjaga anda kalau dirinya sendiri tidak terjaga?
No comments:
Post a Comment