Tiada tanah rakyat dirampas
TUMPAT – Kerajaan Pas Kelantan menganggap tuduhan mengatakan tanah rakyat dirampas untuk membangunkan Projek Ladang Rakyat sebagai satu fitnah dan tidak teragak-agak untuk mendakwa pihak terbabit di mahkamah nanti.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan Kelantan tidak pernah merampas tanah rakyat dan apa yang diusahakan melalui Projek Ladang Rakyat demi kepentingan rakyat apabila 4,500 peserta Ladang Rakyat di negeri ini mendapat manfaat.
“Kami Kerajaan Kelantan mana boleh ambil tanah rakyat, kami nak jaga rakyat, tanah rakyat adalah tanah yang ada geran tanah,” katanya selepas Program Hari Himpunan Anggota Koperasi Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan di pejabat Kopeladar, di Wakaf Bharu, semalam.
Nik Aziz berkata demikian apabila mengulas tindakan lebih 1,000 Anggota Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pemuda UMNO Kelantan yang mengadakan perhimpunan membantah berhubung dakwaan penyelewengan Projek Ladang Rakyat di hadapan Kompleks Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim (SUK), semalam.
Perhimpunan secara aman yang berlangsung selama sejam itu bermula pada jam 9.30 pagi disertai Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (OMBAK), Majlis Belia Kelantan, Majlis NGO Negeri Kelantan, Belia 4B dan Pemuda UMNO Kelantan dan penduduk Orang Asli di Gua Musang yang didakwa kehilangan tanah mereka akibat projek tersebut.
Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak menghalang jika ada pihak mengadakan demonstrasi tetapi kesal dengan fitnah yang dibuat oleh mereka yang berdemonstrasi kononnya kerajaan merampas tanah rakyat.
Pada sidang media yang sama, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yacob menjelaskan sehingga kini 50,000 hektar tanah di negeri Kelantan telah dibangunkan untuk projek ladang rakyat.

No comments:
Post a Comment