‘Kami kahwin di Satun’
Oleh Hamzah Osman
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
LANGKAWI: “Kami sudah berkahwin dan jangan ada pihak cuba ganggu dan musnahkan rumah tangga yang baru dibina ini,” kata pelajar pintar bawah umur, Halimaton Abd Rashid, 16, yang pernah mencetuskan kontroversi awal tahun lalu kerana mahu berkahwin pada usia muda.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Parit (SMK) Panjang dan berasal dari Kampung Lanai, Kupang, Baling itu mengaku sudah berkahwin dengan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 20, pada 7 April lalu di Satun, Thailand.
“Apa yang berlaku sepanjang dua tahun kami berkenalan adalah ketentuan Ilahi dan saya bersyukur kerana kami akhirnya disatukan sebagai suami isteri walaupun terpaksa menghadapi pelbagai halangan.
“Alhamdulillah, keluarga saya khususnya ibu (Normah Abd Mutalib) sudah dapat menerima Adam (Mohamad Noor) sebagai suami saya,” katanya ketika ditemui di rumah bapa saudara suaminya di Kampung Sungai Kedak, semalam.

Halimaton berkata, dia dan suaminya berkesempatan pulang ke kampung di Baling minggu lalu untuk bertemu ibunya, selain beramah mesra dengan ahli keluarga.
No comments:
Post a Comment