Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

18 October, 2011

Tekad rampas isteri orang

SAYA lelaki berusia 23 tahun dan berkerjaya. Empat tahun lalu saya menjalin hubungan dengan gadis berasal daripada Sabah. Kami saling menyayangi tetapi kemudian memutuskan hubungan kerana dia terpaksa berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga.
Untuk pengetahuan Dang Setia, sepanjang bercinta, kami tidak pernah bertemu memandangkan kami tinggal berjauhan. Selepas putus cinta, kehidupan saya tidak terurus memandangkan dia cinta pertama saya.
Namun baru-baru ini, saya berpeluang bertemu dengannya apabila anaknya yang berusia setahun, menghidap sakit jantung berlubang dan menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Suaminya pula menjalani rawatan masalah psikologi di hospital di Sabah, menyebabkan dia tidak dapat menemaninya di IJN.
Kesempatan itu saya gunakan sepenuhnya untuk bertemu dengannya. Malah, sepanjang tempoh anaknya menjalani pembedahan, saya sentiasa menemaninya

Cinta kami kembali berputik, saya memang sangat mencintainya. Malah dia berjanji akan memohon cerai daripada suami untuk bersama saya.

Tambah pula kami terlanjur sehingga dia mengandungkan anak saya. Saya gembira apabila mendengarkannya. Saya semakin tidak sabar untuk hidup dengannya.

Saya tidak rasa bersalah kerana semuanya berpunca daripada keengganan keluarga saya dan dia menyatukan kami empat tahun lalu.

Dia turut memberitahu, dia tidak bahagia dengan suaminya yang ada masalah mental.

Sementara itu, keluarga saya keberatan menerima status dia sebagai janda anak satu. Kini saya tidak peduli kerana yang penting kami mesti bersama secara sah seperti pasangan lain.

ALANG
Selangor



Beribu kekesalan Dang Setia zahirkan sebaik saudara berasa gembira apabila titik hitam dalam hubungan saudara dengan kekasih berjaya membenihkan hasil.
Seharusnya saudara berasa sesal dan terhina dengan perlakuan kekasih.

Meskipun niat saudara disifatkan baik iaitu ingin mendirikan perkahwinan, tetapi itu tidak menghalalkan cara.

Fikirkan nasib yang menimpa anak hasil hubungan ‘haram’ dengan kekasih yang pasti memberi kesan kepada masa depannya.

Membina rumah tangga perlu bersandarkan pada laluan benar, maka di situ keberkatan perkahwinan akan berpanjangan.

Antara digariskan oleh Allah kepada hamba-Nya supaya mengahwini pasangan yang bujang. Seperti firman Allah dalam Surah An-Nur, ayat 32: “Kahwinilah orang-orang yang tanpa teman hidup di kalangan kamu.”

Ia bertujuan supaya saudara dapat menjaga kesejahteraan hubungan saudara Muslim yang lain. Jelas, banyak hati bakal saudara sakiti demi memenuhi desakan nafsu berahi.

Dang Setia sarankan saudara dan pasangan bertaubat, perbetulkan kembali hubungan saudara dan pasangan. Ikut saluran berlandaskan agama dan undang-undang supaya tiada sesalan pada hari kemudian.

Mulakan dengan menjelaskan status pasangan saudara supaya dia menyelesaikan dulu hubungan dengan suami andai ingin berpisah.

Kemudian, mohon maaf atas keterlanjuran kalian berdua dan mohon restu daripada keluarga saudara dan pasangan supaya segala kekusutan dalam perhubungan saudara berdua dapat dilerai dengan baik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...