LELAKI perlu bersyukur kerana dianugerahkan tubuh badan sihat, mempunyai anggota kelamin normal iaitu dapat berfungsi dengan baik, mencapai dan mengekalkan ereksi untuk tujuan melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.
Bagaimanapun, lelaki perlu tahu batasan dan kemampuan ketika melakukan hubungan seksual dengan pasangan. Ada kalanya lelaki amat teruja dan hilang kawalan, lalu cepat klimaks dan ada kalanya pula dapat bertahan. Sesetengahnya pula belum puas walaupun pasangan sudah menikmati hubungan seks terbabit.
Ada juga yang kecundang lebih awal apabila pasangan mahukan sesuatu yang tidak mampu diberi kerana sistem syahwat berfungsi mengikut kemampuan diri. Jadi apa yang boleh dibuat ialah memantapkan lagi fungsi dan kemampuan tenaga batin.
Saya pasti, mereka yang mahukan rumah tangga berkekalan pasti sudah melakukan pelbagai perkara dan mencuba alat seperti Andropenis, memakan produk Vimax dan sering menggunakan ubat pelali (kebas) serta cincin zakar ketika bersama pasangan mereka.
Saya pasti, mereka yang mahukan rumah tangga berkekalan pasti sudah melakukan pelbagai perkara dan mencuba alat seperti Andropenis, memakan produk Vimax dan sering menggunakan ubat pelali (kebas) serta cincin zakar ketika bersama pasangan mereka.
Bagaimanapun, selepas semua ini sudah dicuba oleh seseorang itu, mereka masih belum puas dan masalah cepat klimaks masih berlaku. Ini disebabkan anda mengalami masalah penghujung zakar yang agak sensitif dan cepat geli serta hilang kawalan
Jika mahu mengelakkan rasa ngilu, anda boleh menggunakan jeli Anaestetik perubatan dan bukan krim pengebas yang dijual tanpa kajian daripada doktor yang mana kebanyakannya mengandungi racun larangan.
Alat Andropenis pula bukan alat untuk membantu meningkatkan daya kawalan ejakulasi. Ia digunakan dengan tujuan meluruskan zakar yang bengkok atau melengkung dan juga untuk menambah saiz. Itu pun jika alat itu tulen dan digunakan dengan baik.
Selain itu, ubat seperti Vimax sama seperti herba murahan yang boleh didapati di mana-mana kedai herba dan produk ini juga tidak pernah dikaji sama ada ia mendatangkan kebaikan atau sebaliknya.
Mengikut maklumat yang diberi mengenai herba ini, ia bertujuan menangani pelbagai masalah seksual lelaki. Meskipun laman web yang mengeluarkan ubat ini banyak menyatakan kebaikan mengenainya, secara klinikal ia masih belum pasti. Jadi, saya kurang yakin mengenainya.
Bagi lelaki yang pernah memakan ubat ini tetapi tiada nampak kesannya, saya cadangan lebih baik berhenti daripada terus mengambilnya.
Bagaimanapun, ada sesetengah lelaki yang pernah mencuba silikon cincin penambat dan masih juga tidak berkesan.
Kemungkinan besar, kemampuan tenaga batin anda hanya sekadar lima minit yang mana mengikut amalan perubatan ia sudah dikira normal. Walau bagaimanapun, anda boleh dapatkan pendapat kedua daripada pakar psikologi di mana-mana hospital yang pakar dalam pengendalian masalah disfungsi seksual lelaki.
Sekurang-kurangnya, kaum lelaki boleh mendapatkan bekalan ubat jeli Anaesthetic daripada doktor itu untuk mengawal rasa ngilu
No comments:
Post a Comment