Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

31 October, 2011

Aziz Bari serah peluru

GOMBAK: Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam, bagi menyerahkan nota ugutan bersama sebutir peluru yang diposkan ke rumahnya di Bandar Baru Selayang.
Beliau tiba di IPD itu pada jam 12 tengah hari untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan dan menyerahkan bahan bukti.

Abdul Aziz yang ditemui selepas selesai memberi keterangan berkata, ketika kejadian itu, beliau hendak ke rumah mentuanya di Taiping, Perak sebelum menerima surat daripada posmen pada jam 11.45 pagi.
Abdul Aziz berkata, dia yang tidak mengesyaki apa-apa menerima surat itu, namun mendapati cop yang tertera di surat itu tidak jelas.

“Apabila saya membuka surat itu terdapat nota bertulis ‘Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti’ bersama sebutir peluru.

“Hari ini (semalam) saya hadir untuk menyerahkan bahan berkenaan dan polis meminta saya memberitahu sama ada mengesyaki sesiapa yang berpotensi mengancam nyawa saya,” katanya
Abdul Aziz berkata, beliau tiada musuh dan sebelum ini juga tidak menerima sebarang panggilan daripada sesiapa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, Abdul Aziz menyerahkan peluru kaliber bersama surat cetakan berkomputer kepada polis
Menurutnya, sampul surat itu berwarna coklat bersetem dua keping bernilai 60 sen.

“Cop pada sampul surat juga tidak jelas untuk dikenal pasti alamat pejabat pos yang boleh mengesan suspek.

“Barang kes akan dihantar ke jabatan kimia untuk dianalisa dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah,” katanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...