KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan merogol kekasihnya yang berumur 15 tahun, dua minggu lalu.
Mohd Saiful Ridzuan, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.
Mengikut pertuduhan, Saiful didakwa merogol pelajar tingkatan tiga itu di stor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Awam dan Lalu Lintas, Sentul di sini pada jam 10 malam, 15 Oktober lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farahah Mohd Suah tidak menawarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh
No comments:
Post a Comment