SESI penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat semalam hangat dengan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang mempersoalkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu cucunya yang juga anak kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Lim mendakwa Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mempunyai maksud tersirat apabila membuat kenyataan supaya Guan Eng membuat laporan polis berhubung dakwaan beberapa pihak terhadap anak lelakinya yang didakwa mencabul kehormatan seorang rakan berusia 16 tahun.
Menyelar tuduhan Lim itu, Muhyiddin berkata, beliau tidak berniat mengheret hal berkaitan keluarga dan anak Guan Eng ke dalam kancah politik, sebaliknya hanya memberikan saranan supaya pihak berkenaan membuat laporan polis bagi menamatkan segala tohmahan berhubung isu itu.
“Sebenarnya saya tidak hendak campur dalam urusan seperti itu dan saya sedar banyak penulisan di dalam blog...(tapi) untuk heret isu keluarga dan anak dalam kancah politik itu bukan tujuan saya.
“Tetapi ia diputarbelitkan (media alternatif),” katanya.
Sabtu lalu, Muhyiddin menyarankan Guan Eng membuat laporan polis berhubung dakwaan beberapa pihak terhadap anaknya itu bagi membersihkan nama anaknya, memandangkan penafian saja tidak mencukupi.
Muhyiddin dilaporkan berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan Guan Eng yang menyalahkan penulis blog pro-Umno mendakwa anak lelaki beliau mencabul kehormatan seorang rakan perempuan dan cuba melepaskan diri daripada hukuman
No comments:
Post a Comment