Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

31 October, 2011

Status perkahwinan gadis hamil luar nikah

SAYA ingin bertanya mengenai hukum bernikah dengan perempuan yang mengandung, iaitu pasangan terlanjur. Adakah pernikahan mereka sah daripada segi hukum Islam di negara kita kerana wujud perbezaan pendapat mengikut mazhab?
Adakah mereka perlu dinikahkan semula sehingga si perempuan habis idah selepas bersalin? Seorang ustaz menyatakan, pernikahan itu tidak sah dan mereka perlu dinikahkan semula walaupun pernikahan mereka mencukupi semua rukun nikah.
AZILA
Tangkak, Johor
Perempuan yang mengandung, di mana kandungan itu hasil perkahwinan yang sah, adalah haram bernikah. Bagaimanapun, mereka yang mengandung luar nikah tidak termasuk kategori ini kerana kandungan itu tidak melalui perkahwinan yang sah dan anak dalam kandungan itu adalah anak tidak sah taraf.
Jika seorang gadis yang mengandung luar nikah berkahwin, perkahwinan itu sah, bahkan jika bayi berkenaan lahir selepas tempoh atau masa perkahwinan iaitu enam bulan lebih, ia boleh dibinkan mengikut nama suaminya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...