KUALA LUMPUR: Dia memperkenalkan diri sebagai penerbit drama berstatus Datin dan pada hakikatnya, wanita itu bijak ‘bermain wayang’ apabila memperdaya banyak pihak termasuk suaminya.
Itu kelicikan wanita berusia 34 tahun yang setakat ini memperdayakan sekurang-kurangnya lima mangsa membabitkan kerugian mencecah RM250,000.
Selain lima mangsa berkenaan, suami wanita itu sendiri yang mahu dikenali sebagai Datuk Faizal membuat laporan polis mengenai penipuan isteri keduanya itu selepas mendapati dirinya diperalatkan.
Faizal berkata, dia menyedari penipuan isterinya itu selepas terbaca SMS dihantar beberapa mangsa ke telefon bimbit miliknya yang digunakan wanita terbabit sejak tiga tahun lalu
“Ogos lalu saya membayar bil telefon itu yang sebelumnya tidak aktif selepas gagal melunaskan bil RM2,000. Sebaik telefon diaktifkan, saya terkejut apabila mendapati SMS diterima daripada nombor tidak dikenali yang meminta imbuhan hasil satu perniagaan berasaskan pelaburan
Faizal berkata, dia menyedari penipuan isterinya itu selepas terbaca SMS dihantar beberapa mangsa ke telefon bimbit miliknya yang digunakan wanita terbabit sejak tiga tahun lalu
No comments:
Post a Comment