Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

27 October, 2011

SPRM buka 36 fail siasatan


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka 36 fail siasa-tan, susulan beberapa isu dan aduan yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit :Negara 2010 pada 24 Oktober lalu.

SPRM dalam satu kenyataan semalam berkata, dua fail dibuka di Putrajaya, tujuh (Sabah), enam (Terengganu), enam (Kedah), tiga (Johor), tujuh (Perak), tiga (Pulau Pinang) dan dua (Sarawak).

Dalam kenyataan sama, SPRM menjelaskan berhubung penyenaraiannya dalam laporan itu sebagai salah satu daripada sembilan jabatan yang berbelanja melebihi peruntukan keseluruhan.

“Lebihan perbelanjaan sebanyak 0.73 peratus disebabkan menampung bayaran bonus tahunan (Bantuan Khas Kewangan) kepada pegawai Gred 54 ke bawah mengikut Arahan Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 dan 11 tahun lalu.

“Lebihan perbelanjaan ini sama sekali tidak membawa maksud SPRM melanggar arahan perbendaharaan ataupun melanggar prosedur pengurusan kewangan sebaliknya bayaran ini merupakan bayaran bonus yang diluluskan oleh kerajaan,” katanya.

SPRM turut mengesa semua pihak untuk memberi kerjasama dalam menyampaikan sebarang maklumat berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara 2010

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...