Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

25 March, 2011

Mar 25, 2011 [AKHBAR] - BERITA-BERITA DARI HARIAN METRO

Suka-suka dorong zina


KUALA LUMPUR: “Haram hukumnya dari segi Islam,” kata penceramah bebas, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz mengulas isu ‘kegilaan’ remaja lelaki termasuk pelajar sekolah terhadap permainan komputer lucah menerusi cakera padat (CD), perisian komputer dan cakera video digital (DVD.
Mereka bagai ketagih permainan itu kerana menawarkan pengalaman mengasyikkan sebagai pelakon untuk ‘memancing’ watak gadis animasi sehingga melakukan seks di alam maya.

Katanya, walaupun perlakuan itu bukan secara hakikat dan hanya menerusi alam maya, ia tetap bercanggah dengan hukum Islam dan mendorong kepada zina.

“Menontonnya boleh menaikkan nafsu dan ia permulaan kepada kelakuan lain kerana menunjukkan tanda atau jalan menuju ke arah itu.

“Kewujudan alat permainan seperti ini jelas membuktikan pengaruh baru dari negara luar sudah semakin berkembang dan ia bukti generasi kini mudah terikut-ikut,” katanya ketika dihubungi.

Justeru, kerjasama semua pihak membabitkan ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa secara bersepadu perlu diperhebatkan bagi menangani masalah ini.Muka depan Harian Metro semalam melaporkan, permainan itu digemari remaja kerana memberi keseronokan luar biasa kepada mereka untuk berusaha memikat gadis animasi cantik sehingga mengajaknya melakukan hubungan seks.

Difahamkan, pemain perlu menempuh beberapa peringkat sama seperti kehidupan seorang lelaki di alam nyata, antaranya merangkumi proses mengurat gadis maya idaman bermula sesi temu janji (dating) hingga datang ke rumah untuk mengambil hati ibu bapa teman wanitanya.Sejurus semua peringkat itu diselesaikan, pemain diberi peluang untuk mengakhirinya di ranjang bersama gadis itu yang menayangkan susuk tubuh menggiurkan.

CD dan DVD dijual secara terbuka dengan harga RM15.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di sekitar Jalan Imbi dan Jalan Bulan mendapati, ramai peniaga menjual produk permainan komputer lucah itu menggunakan taktik sama iaitu menjualnya secara terbuka dengan tawaran harga sama.

Melalui perbualan wartawan Harian Metro dengan peniaga, harga itu boleh ditawar jika pembeli membeli lebih daripada tiga permainan komputer itu dan antara permainan komputer yang popular di situ ialah ‘The Sims; dan ‘7 Sins’.

Pelajar, Muhamad Helmi Hashim, 21, berkata, permainan seumpama itu mudah didapati di mana-mana dan remaja boleh memuat turunnya sendiri menerusi kecanggihan Internet.

“Penularan aktiviti ini sukar diatasi dan boleh mengakibatkan pemain ketagih serta melupakan pelajaran dan tanggungjawab lain.

“Ayat seperti mahu melepaskan tekanan hanya alasan untuk menutup perbuatan memalukan itu,” katanya.

Ketua Cawangan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian dalam Negeri (KDN) Wilayah Persekutuan, Nur Aziah Abdullah berkata, bagi Wilayah Persekutuan, operasi dan pemeriksaan secara berkala sering dilakukan dan setakat ini masih terkawal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...