Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

08 March, 2011

Mar 8, 2011 [AKHBAR] -Masih sah suami isteri


Masih sah suami isteri

Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
 
KUALA LUMPUR: Lafaz “I’m rujuking”, oleh dramatis Benjy terhadap isterinya, mengesahkan pasangan itu masih suami isteri selepas dia menceraikan isterinya itu dengan talak satu pada hari yang sama, tiga tahun lalu.
Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor membuat keputusan itu selepas bertemu kedua-dua pihak di dalam kamarnya di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.

Peguam syarie Hazirah Othman yang mewakili Safiya atau nama penuhnya Safiya Stephance Kar-Leng Lee, 28, ketika ditemui media memberitahu, mahkamah terdahulu mengesahkan lafaz cerai talak rajie Benjy atau nama penuhnya Khaeryll Benjamin Ibrahim.

“Cerai yang berbunyi “Aku ceraikan kau satu talak,” dilafazkan pada jam 9 pagi, 7 Julai 2008 terhadap isterinya Safiya di rumah mereka di Menara Duta Mas disaksikan seorang saksi.

“Bagaimanapun, mahkamah turut mengesahkan lafaz rujuk “I’m rujuking” yang dilafazkan Benjy terhadap isterinya itu pada jam 10 malam pada hari sama.

Katanya, lafaz rujuk yang dilafazkan Benjy itu sah kerana Safiya masih dalam tempoh edah serta pihak terbabit turut bersetuju dengan fakta walaupun terdapat beberapa pindaan dan mahkamah memutuskan mereka masih sah suami isteri.Sejurus prosiding selesai Benjy terus dibawa meninggalkan mahkamah oleh polis dan Safiya dilihat berbual mesra dengan ibu mentuanya seniwati Azean Irdawaty di luar mahkamah.
Safiya memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk itu pada 7 Februari 2011 di mahkamah menamakan Benjy sebagai defendan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...