Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

08 March, 2011

Mar 8, 2011 [FIKRAH] - Bakal suami pernah buat maksiat

Bakal suami pernah buat maksiat

SAYA berusia 24 tahun dan mempunyai pasangan yang sangat baik dan menyayangi saya. Dia juga menyatakan hasrat menjadikan saya sebagai isterinya, tetapi saya keliru apabila dia menceritakan kisah silamnya di mana dia pernah melakukan maksiat.
Saya terkejut dengan pengakuannya. Namun dia mengaku sudah bertaubat dan tidak akan melakukan perbuatan itu lagi. Bagaimanapun, saya susah melupakan kisah silamnya. Adakah perlu saya melupakan kisah silamnya dan menerima dia seadanya?

INSAN KELIRU
Kuala Terengganu

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik orang yang berdosa ialah mereka yang bertaubat.” Tiada seorang manusia yang sunyi daripada dosa dan kesilapan.
Khalifah Omar Al-Khatab pernah menangis mengenang dosa yang dilakukan iaitu membunuh anak perempuannya ketika jahiliyah. Dia sering mengalirkan air mata kesal dan insaf apabila terkenang dosanya.

Manusia yang ada kesedaran dan insaf daripada dosa itulah manusia yang baik. Apapun, terpulang pada saudari sama ada untuk menerima atau menolaknya.

Buatlah solat istikharah supaya hati lebih tenang. Perkara silam harus dijadikan sempadan kerana kita tidak boleh mengubahnya, namun lihatlah masa depan dengan penuh optimis dan ingatlah, manusia mampu berubah menjadi lebih baik.

Jika baik hari ini, belum terjamin dia akan sentiasa baik, namun iman yang selalu dipelihara akan menjadikan kita manusia yang baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...