Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

07 March, 2011

Mar 7, 2011 [FIKRAH] -Tunang terlanjur tabur fitnah

Tunang terlanjur tabur fitnah

SAYA tidak tahu lagi apa yang patut dilakukan. Dalam masa tempoh setahun yang lalu, saya kerap berzina bersama tunang dan selama setahun, kehidupan kami umpama suami isteri.
Kami berjanji berkahwin, tetapi malangnya tunang saya memutuskan pertunangan. Saya amat tertekan dan memberitahu ibu bapanya yang kami terlanjur dan saya juga mengaku kepada ibu bapa saya.
Masalahnya, saya ingin bertanggungjawab atas perbuatan kami dan mahukan perkahwinan itu disegerakan kerana khuatir akan menggelapkan masa depan kami.

Tunang saya menolak dan tidak mahu meneruskan pertunangan lagi, ibu bapa tunang saya meminta bukti resit hotel yang tertera nama anak mereka dan nama saya.

Malangnya, mereka tidak mempercayai saya, dan menuduh saya memburuk-burukkan anak mereka. Hal itu pada mulanya hanya diketahui keluarga, tetapi akhirnya sampai ke pengetahuan rakan baiknya.Niat saya hanya ingin bertanggungjawab, tetapi tunang saya menuduh saya memfitnahnya dan mereka-reka pelbagai cerita. Lebih malang, saya difitnah pernah meniduri ramai lagi wanita berdasarkan bilangan resit hotel yang terlalu banyak kami kunjungi sedangkan itu resit hotel saya bersamanya.
Saya berasa amat tertekan sekarang. Adakah perbuatan saya salah terlalu jujur untuk bertanggungjawab demi perkahwinan yang sah? Apakah hukum memfitnah itu? Apakah yang patut saya lakukan demi menyelamatkan keadaan dan membersihkan nama saya kembali?


LELAKI MALANG, Kuala Lumpur.


MEREKA yang melakukan perkara yang diharamkan Allah perlu segera bertaubat dengan kembali beriman dengan Allah dan mengerjakan amal soleh.

Dengan berbuat demikian, Allah S.W.T akan menggantikan kejahatan dengan kebaikan. Ini kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Terus menerus melakukan dosa dan tidak bersedia untuk mengamalkan akhlak mulia membawa akibat buruk di dunia dan akhirat. Ini jelas apabila Allah menerangkan perihal hamba yang diredai-Nya, antaranya: "...Dan orang-orang yang tidak menyembah sesuatu (ilah) yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Furqan ayat 68-70).

Saudara perlu segera bertaubat dan berazam sepenuh untuk tidak lagi mengulangi dosa zina dan lain-lain lagi seperti yang diterangkan Allah dalam ayat di atas.

Dengan kembali kepada ajaran agama dan mengamalkannya dengan sepenuhnya, kejahatan dan keburukan yang berlaku akan diganti dengan pelbagai kebaikan.

Ini termasuk terhentinya fitnah, kembalinya maruah diri, mendapat pasangan yang benar-benar baik dan banyak lain termasuk kebaikan di akhirat.

Anda perlu memahami bahawa apa-apa yang berlaku pada anda dan pasangan anda adalah akibat buruk daripada kejahatan dan jenayah zina.

Ini kerana Allah sendiri menerangkan keburukan zina dalam al-Quran dengan firman-Nya: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat." (Surah al-Isra' ayat 32).

Antaranya akibat keburukan zina adalah merosakkan nasab keturunan, mengembangkan penyakit berbahaya, menimbulkan pergaduhan dan fitnah memfitnah dan sebagainya.

Penzina juga terganggu dengan perasaan bersalah, tiada rasa malu, merasa sempit dada, dipandang hina oleh masyarakat dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...