Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

21 March, 2011

Mar 21, 2011 [AKHBAR] - Risiko Aids kasanova buncit

Risiko Aids kasanova buncit


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Empat wanita yang mendakwa diri mereka empat ‘madu’ kerana ditipu lelaki digelar kasanova kaki temberang, dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka bebas penyakit.
Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata, pemeriksaan itu penting kerana ada sejarah kes wanita ditipu kasanova hingga akhirnya dijangkiti Aids.

“Dalam kes ini, seorang daripada wanita terbabit adalah bekas isteri lelaki itu manakala seorang lagi mengandung selepas terpedaya dengan janji manisnya, jadi pemeriksaan kesihatan penting untuk mengesahkan mereka bebas penyakit.

“Harus diingat, jenayah pertama berlaku dalam peradaban manusia adalah tipu dan ia terus berlaku. “Cuma beza dulu dengan kini adalah cara meyakinkan mangsa.

“Mangsa dipilih berdasarkan apa dikehendaki suspek dan dia memerlukan ‘props’ bagi menjayakannya, misalnya kereta mewah untuk berlagak kaya dan eksekutif atau menabur janji manis bagi memikat atau kisah sedih untuk menagih simpati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai tembelang seorang lelaki yang bercita-cita hidup senang dengan mengikis wang wanita bukan saja terbongkar, malah dia kini tidak keruan apabila terpaksa berdepan pakatan empat ‘madu’ yang berganding bahu memporak-perandakan hidupnya.


Pakatan itu membabitkan tiga mangsa yang dijanjikan untuk dikahwini dalam tempoh selang sebulan, bermula bulan depan, manakala bekas isteri lelaki itu mahu melunaskan dendam selepas menyedari suaminya curang. Bekas isteri itu berang kerana suaminya memperdaya mangsa hingga ada yang mengandung, ditipu lebih RM10,000 dan diperbodoh-bodohkan. Antara perancangan itu adalah membuat laporan polis selepas mendakwa diugut lelaki berkenaan dan muncul di majlis perkahwinannya dengan seorang lagi mangsa.
Kamal Affendi berkata, dalam kes itu, empat wanita ditipu serentak dan ia menunjukkan kepintaran lelaki terbabit melakukan kerja jahatnya.Katanya, jika ada unsur jenayah seperti ugutan atau paksaan, laporan boleh dibuat kepada polis untuk tindakan undang-undang, tetapi sekiranya mereka menyerahkan harta secara sukarela, jenayah tidak wujud.
“Kes kasanova bukan saja membabitkan lelaki, malah ada wanita yang menipu ramai lelaki serentak. “Dalam kes ini, lelaki terbabit ada kelas tersendiri kerana memperdayakan empat wanita serentak, lebih-lebih lagi beliau dikatakan bukan kategori tampan serta berperut buncit.
“Mangsa hilang harga diri dan harta tetapi bernasib baik kerana tidak hilang nyawa. “Dalam kes tertentu, ada suspek yang bukan saja menipu, malah bertindak ganas dengan mendera mangsa seperti mengurung dan memukulnya.
“Kes begini banyak kali dilaporkan tetapi keupayaan kita melihat peluang untuk menjadi mangsa amat terhad. “Sehubungan itu, berhati-hatilah supaya tidak mudah menjadi mangsa dan akhirnya menyesal selepas menyerahkan harta dan harga diri,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...