Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

09 March, 2011

Mar 9, 2011 [AKHBAR] -Dicabul pegawai

Dicabul pegawai
 KUALA LUMPUR: Tindakan seorang wanita meminta bantuan pegawainya untuk menyelesaikan saman trafik membawa padah, apabila dia dicabul lelaki miang itu dengan dipeluk, diraba dan dicium di sebuah pusat beli- belah di ibu negara, akhir bulan lalu.

Mangsa bekerja sebagai setiausaha di sebuah jabatan penguatkuasaan di Putrajaya, bertemu pegawai berkenaan sebelum dibawa ke balai polis bagi menyelesaikan saman trafik milik kenalannya, ekoran balai polis sesak pegawai itu mengajaknya ke sebuah pusat beli-belah sementara menunggu keadaan lengang.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari 28 Februari lalu, mangsa mulanya enggan mengikut ajakan pegawai terbabit kerana masih dalam waktu bekerja tetapi lelaki itu berkeras mengikutnya.


Menurut sumber, mangsa menemani pegawai itu bersiar-siar sambil membeli-belah dan selepas beberapa ketika lelaki terbabit bertindak ‘miang’ cuba memeluk dan meraba mangsa.


“Mangsa cuba mengelak namun pegawai itu bertindak lebih berani memeluk sambil mencium pipi kanannya. “Wanita malang itu membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kerana berasa tidak selesa dengan tindakan kurang ajar pegawai atasannya itu,” katanya.


Sumber berkata, pegawai terbabit yang bimbang kelakuan sumbangnya didedahkan meminta mangsa menarik semula laporan dengan menggugut memberitahu mangsa yang menggodanya terlebih dulu. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, mengesahkan mengenai kes berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...