Terjebak cinta isteri orang
SAYA berusia awal 20-an namun terjebak bercinta dengan isteri orang berumur 34 tahun dan mempunyai seorang anak. Awalnya, perkenalan kami hanyalah kawan biasa. Oleh kerana saya terlalu mengambil berat mengenai dirinya, dia jatuh cinta dengan saya.
Apatah lagi ketika itu dia menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya. Saya tidak nafikan turut mempunyai perasaan sama kepadanya walaupun mengetahui ia tidak sepatut berlaku.
Saya memutuskan untuk tidak berhubung lagi dengannya. Malangnya, dia tidak dapat menerima dan mencederakan diri kerana terlalu kecewa. Bimbang keadaan itu, saya segera memujuk dan kami kembali berhubung. Alhamdulillah, hubungan kami tidak pernah diselangi dengan perkara terkutuk.
Saya juga sering menasihatinya agar berbincang dengan suaminya mengenai rumah tangga mereka. Saya memang sayangkannya tetapi sedar tidak boleh membiarkan kasih sayangnya terhadap saya melebihi kasih sayang kepada suaminya.Pada masa sama, saya tahu dia begitu dahagakan kasih sayang. Saya rasa jalan terbaik adalah tidak berhubung dengan�nya lagi tapi saya bimbang jika dia akan melakukan tindakan yang akan memudaratkan dirinya.
Saya buntu dan berharap Dr dapat memberikan nasihat serta panduan. Insan Buntu,
Terengganu
BUTANYA cinta hingga ia tidak mengenal siapa dan hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga. Untuk memudahkan perbincangan, biarlah Dr namakan kekasih adik sebagai T. Jika T menghadapi masalah rumah tangga yang serius, jalan paling selamat adalah menyelesaikan dulu konflik rumah tangganya. Penyelesaian di sini boleh bermakna, rumah tangga T aman kembali atau berlaku perpisahan.
Kehadiran adik dalam hidup T digunakan untuk mengisi ruang kosong yang ditinggalkan suami yang dirasakan tidak memberikannya sinar kebahagiaan.
Menjadikan adik sebagai tempat T bersandar harapan dan mengesat air mata mungkin hanya sebagai ubat mujarab dalam waktu sekejap. Dalam jangka masa panjang, ia akan lebih mendatangkan banyak penderitaan.
Jiwa sedih T akibat konflik rumah tangganya memang tidak dinafikan tapi siapa sebenarnya adik dalam drama cinta ini? Sehingga sekarang, T masih memiliki suaminya dan kekasih gelapnya iaitu adik. Daripada apa yang adik nyatakan, Dr tidak melihat adanya usaha yang kuat daripada T untuk membuat pilihan sama ada suaminya atau adik.
Masalah rumah tangga dengan suaminya sudah dilihat tidak penting seperti hubungan adik dengannya. Isu konflik hidup T kini sudah bertambah iaitu daripada masalah rumah tangganya kepada tidak mahu kehilangan adik.
Perbuatan T mencederakan dirinya adalah satu senjata untuk memujuk adik balik ke pangkuannya. Secara psikologinya, T berjaya menggunakan psikologi kebimbangan dan ketakutan adik untuk memenuhi kepentingan dirinya dan memastikan adik tidak lari daripadanya. Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa. Setiap individu bertanggungjawab terhadap dirinya. Ini bermakna tindakan T adalah tanggungjawabnya sendiri.

No comments:
Post a Comment