Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

14 March, 2011

Mar 14, 2011 [AKHBAR] - Stesen minyak NPE ‘port’ buat maksiat


Stesen minyak NPE ‘port’ buat maksiat

Oleh Noozieyantie ‘Alia Adnan
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Kawasan tempat letak kereta di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Pantai Baru (NPE), Pantai Dalam, dekat sini, kini menjadi ‘port’ baru bagi pasangan kekasih memadu asmara di dalam kereta yang diletakkan di situ.
Tinjauan Harian metro di situ, mendapati sebilangan pasangan kekasih menjadikan kawasan tempat letak kereta itu sebagai tempat melepak dan bermesra sebelum kegiatan tidak bermoral itu berlarutan ke aktiviti yang lebih memalukan.

Hasil tinjauan bermula tengah hari hingga petang mendapati, kawasan terbabit bukan hanya merakamkan adegan gurau senda pasangan kekasih di dalam kereta yang dihidupkan enjin serta penyaman udaranya, malah turut sampai ke adegan lebih memalukan.

Menurut sumber, kebanyakan pasangan kekasih yang melepak di kawasan terbabit, pada mulanya hanya bertujuan untuk bersembang dan akhirnya berakhir dengan aktiviti tidak bermoral.

Kawasan sunyi, yang jarang digunakan pengguna bagi meletakkan kenderaan di situ memudahkan lagi mereka untuk memadu kasih.

Ketika tinjauan dilakukan, kelihatan si lelaki tanpa segan membuka baju sebelum menurunkan penyandar kerusi kereta sehingga mendapat posisi baring manakala si perempuan hanya memandang kekasihnya sambil membelai mesra sebelum turut menurunkan penyandar kerusinya

Pengunjung, Nor Rozita Hamdan, 25, mendakwa pernah terserempak dengan sepasang kekasih bercumbu di kawasan terbabit.

“Selepas mengisi minyak, saya berjalan untuk ke tandas awam di kiri kawasan stesen minyak ini. Pada mulanya saya tidak nampak sebarang tanda-tanda yang mencurigakan pada kereta yang diletakkan di kawasan itu.“Namun, apabila semakin hampir, saya lihat seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bercium dengan kerusinya di baringkan untuk mengelak dari dilihat orang awam,” katanya yang sering mengisi minyak di stesen terbabit.

Pekerja stesen yang tidak mahu dikenali berkata, dia pernah menghalau sepasang kekasih yang mencurigakan di dalam kereta pada waktu tengah malam.

“Saya halau mereka selepas melihat pasangan terbabit duduk di satu kerusi sama. Apa yang berlaku kita boleh fikir sendiri, bila melihatkan butang baju wanita terbabit terbuka di bahagian dadanya.

“Si lelaki pula, kelam-kabut membetulkan seluar yang dipakai selepas disergah,” katanya yang sudah beberapa kali terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang bermadu kasih di kawasan terbabit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...