KEPALA BATAS: Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) memasang notis pada pokok petai ‘menangis’ di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, dekat sini, bagi mengelak perkara bercanggah dengan ajaran Islam.
Notis berkenaan berkaitan larangan memuja sebarang bentuk kejadian alam atau yang menghampiri perkara khurafat mengikut Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu pemujaan salah.
Mengikut seksyen berkenaan, mereka yang didapati melanggar larangan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-dua sekali.
Tindakan memasang notis diambil berikutan pokok petai berusia 28 tahun itu mula mencuri tumpuan sejak tersebar berita mengenai kejadian pelik itu lima hari lalu.
Harian Metro Isnin lalu melaporkan penduduk Kampung Lembah Raja gempar apabila sebatang pokok petai ‘menangis’ hingga air turun seperti hujan sejak beberapa hari.
Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.
Penduduk, Ishak Jusoh, 63, berkata orang ramai termasuk dari luar Pulau Pinang berpusu-pusu ke kampungnya untuk melihat pokok petai itu.
“Bukan Melayu saja, malah orang Cina dan India tidak melepaskan peluang untuk melihat lebih dekat.
“Berikutan itu, Jaipp memasang notis amaran pagi kelmarin, bagi memastikan orang ramai tidak membuat sesuatu yang bercanggah dengan Islam pada pokok berkenaan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Ishak berkata, kakitangan Jaipp yang meneropong ke arah pokok nampak jelas air keluar melalui dahan pokok petai.
“Saya tidak meminum air berkenaan, tetapi ada juga penduduk yang mencuba kerana beranggapan ia mempunyai nilai perubatan,” katanya.

Berikutan itu, penduduk kampung berpusu-pusu melihat pokok petai yang ‘menangis’, malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi.
Penduduk, Ishak Jusoh, 63, berkata orang ramai termasuk dari luar Pulau Pinang berpusu-pusu ke kampungnya untuk melihat pokok petai itu.
“Ada yang datang dari Perak, Kuala Lumpur dan Johor selepas membaca berita pokok petai aneh dalam akhbar.
“Bukan Melayu saja, malah orang Cina dan India tidak melepaskan peluang untuk melihat lebih dekat.
“Berikutan itu, Jaipp memasang notis amaran pagi kelmarin, bagi memastikan orang ramai tidak membuat sesuatu yang bercanggah dengan Islam pada pokok berkenaan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Ishak berkata, kakitangan Jaipp yang meneropong ke arah pokok nampak jelas air keluar melalui dahan pokok petai.
“Saya tidak meminum air berkenaan, tetapi ada juga penduduk yang mencuba kerana beranggapan ia mempunyai nilai perubatan,” katanya.
No comments:
Post a Comment