Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

22 March, 2011

Mar 22, 2011 [AKHBAR] - Azraai pilih latih N. Sembilan

Azraai pilih latih N. Sembilan






TEKA-TEKI berhubung pasukan mana yang bakal dipilih oleh bekas skuad jurulatih Harimau Muda A, Azraai Khor Abdullah akhirnya terjawab apabila beliau diumumkan sebagai ketua jurulatih baru Negeri Sembilan.
Pengumuman itu dibuat oleh pengurus pasukan Negeri Sembi- lan, Datuk Abd. Halim Abd. Latif dalam satu majlis di Wisma Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Seremban semalam.
Azraai dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Hoben Jang Hoben bagi menggantikan Wan Jamak Wan Hassan yang mengundurkan diri minggu lalu.
Pelantikan Azraai itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung pasukan mana yang bakal menjadi destinasi terbaru Azraai selepas kontraknya bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tamat pada 9 Mac lalu.
Abd. Halim berkata, Azraai dipilih kerana mempunyai pengala- man yang luas sebagai jurulatih di samping rekod cemerlang ketika mengendalikan skuad Kedah.
“Sebaik sahaja Wan Jamak mengundurkan diri, kita berusaha mencari pengganti dengan segera kerana saingan Liga Super akan kembali bersambung tidak lama lagi.
“Selepas perbincangan diadakan dengan pihak pengurusan PB- NS, kita memilih Azraai berdasar- kan pengalaman dan rekod cemer- lang beliau ketika membimbing beberapa pasukan sebelum ini,” katanya.
Sementara itu, Azraai memberi- tahu, beliau memilih Negeri Sembilan kerana tertarik dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan terutama sekali Presiden PBNS, Datuk Seri Moha- mad Hasan.
“Sebenarnya ada beberapa pasukan yang melamar saya tetapi saya memilih Negeri Sembilan kerana kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Presiden PBNS dan beliau juga sangat mengambil berat mengenai pasukan ini.
“Dalam perbincangan kami sebelum ini juga pihak pengurusan PBNS banyak menyumbangkan beberapa pendapat dan idea menarik untuk mengukuhkan kembali pasukan ini,” ujarnya.
Mengulas mengenai tugas baru- nya itu, Azraai berkata, atas kertas Negeri Sembilan mempunyai pasukan yang mantap dan berpe- ngalaman.
“Daripada senarai pemain, Negeri Sembilan mempunyai gabungan pemain muda yang berbakat dan juga beberapa pemain senior yang berpengalaman.
“Buat masa ini sukar untuk menentukan masalah pasukan ini dan saya akan membuat penilaian sele- pas satu perlawanan persahabatan menentang Polis esok (hari ini),” jelasnya.
Antara kejayaan terbesar Azraai sebelum ini adalah membawa gelaran treble (juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia) kepada Kedah pada 2007 dan 2008.
AZRAAI (memakai kot) bersalaman dengan Abd. Halim selepas diperkenalkan sebagai jurulatih baru Negeri Sembilan di Wisma PBNS, Seremban semalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...