Haruskah Saya Terus Berharap?
Saya seorang janda berusia lewat 30an, mempunyai seorang anak lelaki. Kekasih saya seorang duda awal 40an, mempunyai dua orang anak, seorang perempuan dan seorang lelaki. Kami sudah berkenalan selama 3 tahun. Sepanjang itu, terlalu banyak dugaan yang saya tempuhi.Dulu bf saya ada x-gf yang dia dah kenal selama 7 tahun, setelah arwah isteri dia meninggal. Saya tau kerana kami saudara jauh. Bila mula-mula bf saya mula menunjukkan minat terhadap saya, perkara pertama saya tanya, adakah dia masih dengan kekasih lama dia kerana saya tk suka merampas hak orang. Jawapan dia, tidak lagi, mereka sudah berpisah. Since kami sama-sama single, saya pun biarkan hubungan kami berjalan. Semakin lama, saya semakin sayangkan dia. Dia memang seorg yang romantis dan baik hati.
Tapi langit tak selalu cerah. Setelah bersama selama 1 1/2 tahun, tembelangnya pecah. Saya dapat tahu yang dia masih berhubung dengan x-gf dia. Bila saya tanya takkan dia nak mengaku. So, saya berbual dgn x dia sendiri dan tanya kebenarannya. Dia kata mereka tak pernah putus pun.
My whole world collapsed. Masya Allah, pandai betul dia tipu saya selama ini. Kami berdua amat sayangkan dia, so kami beri dia masa untuk memilih antara satu. Akhirnya dia memilih saya. Tapi orang kata, sekali terkena, kita sentiasa curiga. Selepas beberapa bulan, I caught him red handed again, kali ni dengan isteri kawan baik dia sendiri.
Mula-mula my bf konon nak tolong kawan, tapi lepas tu dia pulak ambik kesempatan kat isteri kawan dia tu. Seperti biasa, dia mati-mati tak mengaku. Lalu saya pun call isteri kawan dia dan bertanya. Kata dia, memang dorang takde huhungan serius cuma bf saya suka call dan SMS dia.
Perempuan ni kata pernah jugak my bf ajak dia keluar tapi dia tak nak. Dan dari perempuan ini saya dapat tau sebelum dia dengan perempuan ni, bf saya ada buat hubungan dengan janda anak dua di tempat kerja dia. Untuk mendapatkan kepastian, saya menghubungi wanita itu. Dia mengaku pernah menjalin hubungan dengan bf saya selama 4-5 bulan. Mereka selalu jumpa sebelum dan selepas waktu bekerja.
Sakitnya hati saya Tuhan aje yang tau. Dia tinggalkan bf saya kerana katanya bf saya tidak jujur, suka pinjam duit dan bukan lelaki yang sesuai untuk dia.
So, I confront my bf dengan bukti-bukti ni semua. Dia tak dapat lari so he admitted his mistakes dan janji takkan buat lagi. Memang berat untuk saya terima dia setelah banyak kali dia lukakan hati saya. Tapi demi kasih sayang saya yang tidak terhingga dan demi mengenang jasa dia yang banyak membantu saya, saya beri dia peluang. Itu semua terjadi akhir tahun Dec 2008.
Masalah saya sekarang, setelah lama peristiwa tu semua berlalu hubungan kami masih macam ni jugak. Dia selalu kata nak kahwin dengan saya tapi tak pernah berbuat apa-apa untuk ke arah itu. Saya buntu, memang kekadang saya ada mengungkit perbuatan silam dia dan saya masih ada rasa curiga terhadapnya.
Adakah itu sebabnya dia belum nak kahwin dengan saya. Setiap kali saya ajukan soalan tentang kahwin dia senyap, diam seribu bahasa. Adakah dia masih ada hubungan dengan wanita lain? Adakah dia cuma nak mempermainkan saya? Saya buntu. Patutkah saya terus tunggu dia?
No comments:
Post a Comment