Berbincang elak perceraian
SAYA dan suami sering bertengkar kerana dia tidak memberi kasih sayang dengan adil antara saya dan ibunya. Suami lebih memberi tumpuan kepada ibunya dan sering mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah.
Hal berkenaan menyebabkan saya cemburu terhadap apa yang dia berikan pada ibunya. Ibunya banyak bergantung pada suami berbanding adik-beradiknya yang lain.
Sekarang, saya marah dan membenci ibu mentua dan tidak dapat menerimanya lagi dalam keluarga kami. Wajarkah saya meminta fasakh daripada suami lantaran tidak berasa bahagia lagi berada di sisinya?
Kami juga sering bertengkar atas sebab suami lebih mengutamakan ahli keluarganya daripada isteri dan anak sedangkan adik-beradiknya sudah berkahwin tetapi masih bergantung harap pada suami.
NURIN FATIHAH, Selangor
BERDASARKAN paparan puan, suami tidak sepatutnya berbuat demikian. Suami hendaklah faham tanggungjawabnya kepada keluarga sendiri iaitu anak dan isteri.
Anda juga perlu memahami bahawa suami juga mempunyai tanggungjawab terhadap ibu dan adik-beradiknya. Mungkin lebih elok berbincang secara baik tanpa perlu bertengkar dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Apa yang penting di sini, anda berdua perlu saling faham memahami serta nasihat menasihati antara satu sama lain. Sebagai isteri, puan hendaklah menghormati suami sebagai ketua keluarga.
Bagi saya, masalah ini dapat diselesaikan secara baik sekiranya ada permuafakatan dan tolak ansur sesama sendiri dan keluarga mentua. Letakkan ketepi hasrat untuk bercerai atau memohon fasakh.
Asas utama yang perlu difahami, perceraian itu dibenci Allah. Perceraian ada kesan negatif pada diri dan anak-anak. Walaupun begitu, Islam tidak menolaknya sebagai penyelesaian terakhir dalam krisis rumah tangga selepas tiada lagi usaha dapat dilakukan untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina.
Seorang isteri tidak sepatutnya secara mudah meminta cerai daripada suaminya atau seorang suami menceraikan isteri tanpa alasan yang munasabah.

No comments:
Post a Comment