IPOH: “Biarpun dihantui dosa lampau akibat menggugurkan bayi dalam kandungan, saya sempat menikmati kebahagiaan selepas kami akhirnya bersetuju berkahwin di Yala, Thailand pada Januari tahun lalu,” kata Balqis, 32.
Harian Metro sebelum ini memaparkan kisah Balqis yang membuat pengakuan berani pernah mengugurkan bayi dalam kandungannya sebanyak tujuh kali dalam tempoh empat tahun selepas bersekedudukan dengan seorang guru.
Balqis berkata, perkahwinannya dengan guru berusia 30-an itu hanya bertahan setahun sebelum dia diceraikan akhir tahun lalu tanpa sebarang penjelasan.
“Lebih mengejutkan, saya menerima dokumen lafaz cerai talak satu itu menerusi mesin faksimili ketika berada di pejabat sekolahnya di Pengkalan Hulu.
“Saya hampir terduduk selepas mendapat tahu, suami melepaskan lafaz cerai terhadap saya sambil disaksikan sendiri bekas madu saya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Katanya, dia hampir pengsan selepas menerima khabar itu dan percaya bekas madunya dalang di sebalik rancangan memisahkannya dengan bekas suami. Balqis berkata, pada awal perkahwinan, hubungannya dengan bekas madu tiada masalah.
“Bagaimapun, selepas enam bulan, bekas madu mula menunjukkan ‘taring’ dan menghasut suami menceraikan saya,” katanya

No comments:
Post a Comment