Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

15 March, 2011

Mar 15, 2011 [MOTIVASI] - Berpada-pada Luah Perasaan

Berpada-pada Luah Perasaan
Apabila berhubung dengan alam siber, usah terlalu mendesak, kerana itu akan menyebabkan hilang ‘rasa’. Apa maksudnya? Maksudnya, tatkala anda berhubung dengan pasangan, mungkin kekasih, kawan, suami-isteri, bahkan sesiapa sahaja, usah terlalu mendesak-desak atau mengulang-ulang isu yang sama yang sebelumnya telah berkali-kali dijelaskan, itu akan membuang ‘rasa’, bosan pun datang dan jangan marah kalau akhirnya anda ditinggalkan.
Kesilapan yang dilakukan oleh orang yang bercinta ialah terlebih berhubung. Sama ada dengan suara ataupun pesanan ringkas melalui telefon mahupun e-mel dan laman sembang sosial seperti Facebook dan sebagainya. Berlebih-lebih dalam membangkitkan isu yang sama dalam satu-satu perhubungan selalunya akan berakhir dengan perpisahan.
Misalnya, “Bukankah awak kata tak ada orang lain selain saya, tetapi kenapa awak tak jawab panggilan saya? Kenapa tak segera jawab mesej saya? Kenapa e-mel dibiarkan saja? Facebook pun tak berjawab?”
Orang bercinta cenderung bertanya soalan begini untuk mendapat kepastian tentang hati pasangan dan mereka melakukannya hari-hari, bertalu-talu. Andainya perkara berkenaan telah dijelaskan berkali-kali tetapi masih juga ditanyakan lewat semua mekanisme komunikasi yang ada, ia mengundang perpisahan.
Keadaan ini membuang ‘rasa’. Rasa-rasa yang akan bertukar kepada bosan, menyampah, benci dan sakit hati. Akhirnya, andainya ada orang lain yang kurang mengajukan soalan serupa ataupun kurang mengada-ngada, perasaan akan berpindah kepadanya.
Seorang wanita tidak menduga hubungannya dengan seorang duda di laman sembang internet November 2010, mengundang masalah besar hingga memaksanya mendapatkan bantuan polis India dan Interpol bagi menyekat gangguan pemburu siber berpejabat di Bangalore itu.
Undang Kebencian
Masalah itu timbul apabila wanita 40-an, pekerja syarikat korporat di Kuala Lumpur membuat keputusan memutuskan hubungan mereka selepas menyedari lelaki itu cuba mengawal kehidupannya.
Akibat marah, suspek yang dipercayai bertugas sebagai perunding teknologi maklumat dengan sebuah bank komersil terkemuka India, mula mengugutnya menerusi e-mel dan telefon.
“Saya dapat mengesan wujud kecenderungan luar biasa dalam pemikiran dan tindakannya yang bersifat mengongkong dan terus mem-buat keputusan untuk memutuskan hubungan dengannya. Ini menimbulkan kemarahannya.
“Dia kemudian mula menghantar e-mel penuh dengan maki-hamun selain mengugut melalui telefon. Lebih dahsyat lagi, dia turut menggodam ruang sembang internet, Facebook, e-mel pejabat dan e-mel peribadi saya untuk memburu saya selain mencuri alamat e-mel rakan sekerja, kawan dan saudara mara,” katanya dalam surat kepada pejabat Konsul Besar Malaysia di Chennai dan satu salinan kepada Bernama.
“Saya tertekan apabila dia mengancam mengirim e-mel untuk merosakkan nama baik saya kepada lebih 100 alamat e-mel yang didakwa diperolehinya,”demikian ujarnya dalam sebuah akhbar tempatan 30 Januari lalu.
Nampakkah anda bagaimana komunikasi yang keterlaluan selalu mengundang kebencian? Berpada-padalah sewaktu berhubung. Sehari satu mesej sudah memadai, sebab bukankah kita ada banyak kerja lain untuk dilakukan sepanjang hari?
Kalau asyik bercakap melalui telefon, atau menghantar SMS, atau e-mel dan laman-laman sembang sosial yang lain, bilakah masanya kita akan membina kecemerlangan? Bukankah kecemerlangan menuntut masa, pemikiran dan perhatian. Jika asyik ‘bergaduh’ melalui alam siber bilakah perhatian dapat digunakan kepada hal-hal yang lebih mustahak di alam nyata? Komunikasi bijak itu adalah setiap yang membawa keintiman perasaan bukan timbulnya perasaan untuk membuang dan rasa terbuang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...