Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

08 March, 2011

Mar 8, 2011 [FIKRAH] -Zina dengan kakak ipar

Zina dengan kakak ipar

KITA semua sedia maklum mengenai dosa besar berzina. Saya ingin bertanya mengenai status perkahwinan sepasang suami isteri di sisi syarak, jika si suami berzina dengan kakak kepada isterinya?
Perlukah si isteri menuntut fasakh atau perkahwinan itu terfasakh secara automatik berdasarkan lafaz taklik suami yang dilafazkan selepas akad nikah (yang menjadi amalan di negara ini)?
Adakah zihar juga boleh diguna pakai dalam permasalahan ini?


INGIN TAHU
Keramat
Ada tiga perkara berbeza yang perlu dijelaskan di sini. Pertama, zina iaitu perbuatan membuat hubungan kelamin tanpa pernikahan sah dan ia termasuk dalam dosa besar.

Kedua, melakukan zina dengan kakak ipar sendiri. Sedangkan berkahwin pun haram, apalagi berzina dengannya.

“Diharamkan atas kamu (menikahi) ibu-ibumu dan menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang terjadi pada masa lampau. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” An-Nisa: 23.  Rasulullah memperingatkan bahawa hubungan ipar duai boleh membawa bencana dalam hadis ‘ipar duai itu maut’. Oleh itu isteri perlu memaklumkan kepada mahkamah yang akan memfarakkan mereka jika benar sabit kesalahan. Lafaz taklik yang biasa tidak menyebut persoalan ini kerana kakak ipar adalah mahram yang perlu dilindungi.

Ia sama sekali berbeza dengan zihar kerana zihar ialah menyamakan anggota yang aib seperti punggung dan kemaluan isteri misalnya dengan ibu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...