Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

09 March, 2011

Mar 9, 2011 [AKHBAR] -Azraai 'bebas' kontrak

Azraai 'bebas' kontrak
      HAJAT penyokong Hijau Kuning untuk melihat bekas jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah kembali ke pangkuan Kedah mungkin menjadi kenyataan.

Ini kerana Azraai Khor yang direhatkan daripada membimbing Harimau Muda A sejak Jun tahun lalu itu kini sudah tidak mempunyai ikatan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkuat kuasa semalam.


Keputusan dicapai selepas permohonan Azraai Khor yang meminta untuk dilepaskan daripada kontrak lebih awal menerusi surat tuntutan pampasan dipersetujui majikannya itu.

Mengikut kontrak asal, jurulatih yang cukup popular di kalangan penyokong Kedah atas kejayaannya membawa negeri itu melakar treble pada musim 2006/07 dan 2007/08 masih mempunyai kontrak dengan FAM sehingga Oktober ini.

“Syukur Alhamdulillah se muanya sudah selesai, sele pas kedua-dua pihak berse tuju akhirnya saya dibebas kan daripada kontrak. Ke putusan ini berkuat kuasa hari ini (semalam) dan kini saya sudah tidak terikat de ngan FAM,” katanya yang dilantik menjadi jurulatih Harimau Muda A pada No vember 2009.

Azraai Khor bersama penolong jurulatih, Azman Eu soff dan jurulatih penjaga gol P Mohana Sundram direhat kan FAM selepas pergolakan dalaman yang tercetus dalam skuad bawah 21 tahun ne gara itu ketika menjalani program di Slovakia awal ta hun lalu.
Tempat Azraai Khor itu ke mudian diserahkan kepada jurulatih Harimau Muda B, Ong Kim Swee.
Dan ‘pembebasan’ jurulatih berusia 58 tahun itu tampak menggembirakan penyo kong Kedah yang ketika ini cemas dengan aksi terum bang-ambing pasukan me reka sehinggakan pihak pe ngurusan mengambil kepu tusan merehatkan ketua ju rulatih, Ahmad Yusof.
Malah Azraai Khor sendiri tidak menolak sebarang ke mungkinan beliau akan kem bali ke pangkuan Kedah jika mendapat tawaran.
“Bila sudah bebas baru saya boleh bincang dengan ma na-mana kelab yang bermi nat. Sebelum ini saya masih terikat dengan kontrak, jadi saya kena hormati kontrak bersama FAM,” katanya.
“Sebelum ini ada ejen yang mahu membawa saya ke Indonesia tapi terpaksa tolak, tapi sekarang baru saya boleh fikirkan semula,” katanya yang mengakui mahu berehat seketika bersama keluarga di Alor Setar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...