JOHOR BAHRU: “Semua itu tidak benar! Anak saya
masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan,” kata
Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri.
Sabariah berkata demikian ketika mengulas
dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas
seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk
menerusi laman sosial facebook.
Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut
di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan
pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang
perubatan di tahun akhir.
“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.
“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.
“Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam
No comments:
Post a Comment