Bintang
bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd Radzak menasihati kakak iparnya, pelakon
Rita Rudaini Mokhtar agar tidak menyebarkan fitnah kononnya dia telah melakukan
perkara tidak baik terhadap seorang wanita.
Zaquan
berkata tuduhan yang ditulis dalam entri Twitter milik Rita itu adalah sebagai
satu ugutan yang bertujuan untuk memalu serta menjatuhkan maruahnya sebagai
orang yang dikenali.
"Terlalu
banyak tuduhan berbaur negatif yang dia (Rita) lemparkan kepada saya. Terus
terang saya katakan, dengan apa yang ditulis dalam Twitter itu sebenarnya
berbaur ugutan kepada saya.
"Sudahlah
ibu dan ayah saya tidak sihat, jika mereka dapat tahu tentang hal ini, mereka
pastinya kecewa," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, malam
Selasa.
Perbalahan
antara mereka tercetus apabila masing-masing dilihat mengeluarkan kenyataan
sinis melalui laman sosial tersebut walaupun tidak menyebut nama individu yang
dimaksudkan.
Dalam
entri Twitter Zaquan, suami kepada pelakon Ayu Raudhah ini meluahkan rasa
kecewa terhadap seorang individu yang tidak pernah pulang ke rumah untuk menjenguk
mertua.
Malah
Zaquan meminta individu berkenaan tidak mencari masalah dengan sikapnya yang
dilihat semakin melampaui batas.
Tambah
Zaquan melalui Twiter terbabit, jika dia menjadi “batu api” dalam kemelut yang
melanda keluarga, ia adalah disebabkan keinginan dia untuk menyelamatkan
abangnya daripada seseorang yang dianggap kejam.
Dalam
pada itu menurut Zaquan, dia enggan memberi komen tentang perbalahan antara
mereka kerana risau jika isu tersebut akan memburukkan lagi keadaan dan
keluarga.
"Saya
tak mahu komen tentang perbalahan kami ini. Orang ramai boleh menilai sendiri
dengan apa yang ditulis dalam entri Twitter saya itu.
"Tuduhannya
sudah melampau dan saya tidak boleh bersabar dengan dakwaannya itu. Kerana itu,
saya membalas setiap apa yang dituduh," kata Zaquan.
Bagaimanapun,
Zaquan mengakui dia menyesal dengan entri tersebut yang boleh mengundang
suasana “panas” terhadap individu yang dimaksudkan.
Sementara
itu dalam entri Twitter milik Rita Rudaini pula, pelakon itu sekali lagi
menyelar pihak tertentu yang cuba mencampuri urusan rumah tangganya sehingga
tahap kesabaran dia telah hilang.
Rita
dalam entri petang Selasa menulis pelbagai perkara sensitif tanpa menyebut nama
individu yang dimaksudkan termasuklah mengisytiharkan “perang” bagi
“membongkar” rahsia yang disimpannya.
“Jantan
macam tu tak boleh dibiarkan... dia nak sangat malukan saya, meh kita start the
game,” katanya.
Rita
yang juga isteri kepada kembar Zaquan iaitu Aidil Zafuan dalam Twitter
berkenaan turut berkata, seseorang yang hendak meruntuhkan masjid (merujuk
kepada rumah tangganya) akan menerima balasan daripada Allah.
Kata
Rita lagi, pihak yang membuat tuduhan kepadanya telah beberapa kali melakukan
kejahatan sehingga diberi balasan dengan musibah patah kaki.
mStar
Online beberapa kali menghubungi Rita lewat malam Selasa untuk mendapatkan
komen mengenai kekecohan yang berlaku tetapi pelakon itu tidak mengaktifkan
telefon bimbitnya.
No comments:
Post a Comment