Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

11 January, 2012

Kekasih Rozana didakwa !!!!



SELAYANG: Teman lelaki kepada seorang kerani bank, Rozana Mohd Yusak, 36, yang dibunuh kejam di Kepong, bulan lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam bersama rakannya atas tuduhan menyebabkan kematian wanita itu.
Kedua-dua tertuduh, pengawal keselamatan, Muhamad Faizul Mohd Ali, 27, dan penganggur, Muhammad Zal Haziq Razali, 23, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Isa Md Nor.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh Rozana di kediaman mangsa iaitu di sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Desa 2, Kepong, jam 12 tengah malam hingga 1.15 pagi, 21 Disember lalu. Bagi tuduhan itu, Muhamad Faizul, kekasih Rozana, dan Muhammad Zal Haziq didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua mereka berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Hamzah
Mohd Isa kemudian menetapkan kes itu disebut semula pada 28 Februari depan bagi menunggu laporan forensik, kimia serta bedah siasat. Harian Metro pada 22 Disember lalu melaporkan seorang kerani bank terpaksa mengesot sejauh lima meter dalam kesakitan bagi meminta pertolongan orang ramai menerusi tingkap rumah sewanya di Jalan Puncak Desa 2, Kepong.

Bagaimanapun, mangsa yang dihantar ke Hospital Selayang oleh seorang jiran, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan jam 2.10 pagi kerana cedera parah di bahagian badan selepas didapati ditikam 35 kali di seluruh tubuhnya.

Selepas kejadian itu, lima suspek ditahan polis bagi membantu siasatan, namun hanya dua saja iaitu Muhamad Faizul dan Muhammad Zal Haziq menghadapi pertuduhan, manakala tiga yang lain dibebaskan selepas ditahan reman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...