SUNGAI PETANI: Akibat menjalin hubungan
terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua
kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki
dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat
sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang
berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk
bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan
hubungannya dengan isteri lelaki terbabit.
Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan
sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan
suami wanita itu.
Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.
Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.
Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki
berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua
sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu
No comments:
Post a Comment