IBU saya seorang janda yang kini sedang asyik
bercinta. Namun, memandangkan saya adalah bekas pelajar sekolah agama, saya
juga tahu mengenai hukum dosa dan pahala.
Timbul juga perasaan bersalah memandangkan saya
tidak mampu berbuat apa-apa. Ibu terlalu asyik menelefon lelaki itu yang juga
suami orang malah asyik keluar berdua.
Apa
yang perlu saya lakukan untuk memberitahu ibu saya tidak suka perbuatannya itu. Pada masa sama, saya juga tidak mahu ibu menganggap saya sebagai anak derhaka ANAK SERBA SALAH,
Melaka
KEHIDUPAN bersendirian sebagai seorang janda, membuatkan ibu adik berpotensi lebih tinggi untuk berasa sunyi. Kesunyian mendorong ibu untuk menjalin hubungan dengan suami orang.
Perasaan sunyi, bagaimanapun, bukanlah satu alasan untuk ibu mempunyai hubungan sulit. Apatah lagi dengan suami orang.
Dr sangat memahami kerisauan adik. Sebagai seorang anak, adik tidak mahu ibu terbabit dengan perkara yang tidak baik. Mempunyai hubungan tanpa ikatan perkahwinan yang tidak sah, tentu mengundang pelbagai reaksi negatif dari ramai pihak.
Sebagai seorang anak yang tahu perkara mana benar mana salah, tentu sekali adik tidak mahu ibu menjadi tohmahan negatif dan umpatan orang. Adik juga tidak mahu ibu bergelumang dengan dosa kerana �sayangkan ibu. Dr sangat menghargai dan mengucapkan terima kasih atas sifat positif adik ini.
Adalah amat sukar bagi seorang anak untuk menegur tingkah laku ibu. Kesukaran adik menegur ibu dapat Dr rasai. Dalam menangani isu ini, adik boleh menggunakan khidmat pihak ketiga untuk menasihati ibu. Contohnya, menggunakan pihak yang sangat dihormati ibu.
Adik juga boleh berbincang secara berhikmah dengan ibu. Jika adik tidak berani berjumpa secara bersemuka dengan ibu, adik boleh menggunakan kaedah lain. Menulis surat adalah satu kaedah yang boleh digunakan.
Ini boleh menghilangkan perasaan bersalah kerana adik sudah berusaha untuk menegur ibu. Sama ada ibu akan berubah selepas mendengar keluhan perasaan adik, terpulang kepada diri ibu.
Di pihak adik, tanggungjawab sebagai seorang anak dan Muslim sudah dilaksanakan. Sebagai ibu, kasih sayang terhadap anak boleh �mengubah tingkah laku negatif kepada positif, dari melakukan dosa kepada berhenti melakukannya.
Memohon doa agar ibu mendapat petunjuk untuk tidak meneruskan perbuatan yang adik tidak suka itu juga satu usaha yang boleh adik lakukan. Dr ucapkan semoga adik berjaya dalam usaha adik.
No comments:
Post a Comment