Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

12 January, 2012

Kos guaman ikut syarak



KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sekali lagi menegaskan penggunaan wang zakat untuk pembiayaan kos bayaran guaman dalam kes berkaitan MAIWP adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dalam kenyataannya semalam berkata, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam mesyuarat khasnya pada 3 September 2009 bagi membincangkan anggaran belanjawan MAIWP 2010 meluluskan peruntukan RM205,000 untuk perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah.

Beliau berkata, antara faktor memerlukan peruntukan itu diwujudkan ialah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1992 (Akta 55) dalam Bahagian II Perkara 5 (2) yang menyatakan MAIWP boleh mendakwa dan didakwa dengan nama perbadanannya.
“Dalam melaksanakan tanggungjawabnya terdapat keadaan MAIWP terpaksa mendapatkan keputusan mahkamah seperti dalam kes tuntutan jenazah mualaf yang dituntut keluarganya yang bukan Islam,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan tiga responden seperti dilaporkan akhbar pembangkang, baru-baru ini iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain bersabit tuntutan kes qazaf Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan itu, Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 dikeluarkan daripada dana zakat MAIWP bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk ketiga-tiga mereka.
Wan Zahidi berkata, mengenai perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah, JPHSWP menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkannya dengan tafsiran lebih luas daripada perbelanjaan untuk perang jihad semata-mata.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...