Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

31 January, 2012

Hot - pompuan cun rogol 10 lelaki


Wanita Cun ROGOL 10 Lelaki, Apa yang Mengerikan & Menggerunkan? Baca!


Valeria K.

Seorang wanita muda ditangkap oleh polis Rusia kerana didakwa merogol 10 lelaki setelah terlebih dahulu memancing mereka dengan kecantikannya.Wanita itu yang dikenali Valeria K,32, itu juga digelar Black Widow kerana hobinya yang gemar mengumpul labah-labah beracun. 

Menurut laman Life.ru, polis mula curiga apabila jumlah pesakit lelaki dengan aduan yang spesifik meningkat di hospital. Aduan tersebut adalah berkaitan dengan keracunan klonidin dan trauma pada penis. Tidak banyak yang diingat oleh lelaki yang menjadi mangsa, kecuali mereka diajak oleh wanita cantik berambut merah  minum di sebuah apartmen. Menurut mangsa, wanita itu sangat mesra dan ramah.

Pihak polis yang menjalankan siasatan akhirnya berjaya menahan Valeria dan wanita itu mengakui perbuatannya. Dalam pengakuannya, Valeria memberitahu bahawa dia memujuk lelaki-lelaki yang berfikiran kotor itu ke apartmennya. Di sana, mereka menikmati minuman dan tentu sahaja lelaki-lelaki itu berahi untuk melakukan hubungan seks.

Namun, minuman yang dihidangkan kepada lelaki-lelaki itu bukanlah minuman semata-mata. Valeria mengaku mencampur klonidin ke dalam minuman itu bagi mengkhayal dan membuatkan kesemua mangsa pengsan selama 24 jam. Namun, yangmengerikan dan menggerunkan apabila Valeria mengikat pangkal penis mangsa yang sudah terangsang dengan tali. Tujuan dia berbuat demikian agar penis itu tegak terangsang selama berjam-jam. Selepas itu, Valeria mula merogol mangsa sepuas-puasnya. 

Setelah selesai meratah mangsanya, Valeria akan mencampak mangsa di sebuah kawasan sepi dan sebaik sahaja tersedar mangsa tidak dapat mengingati apa-apa. Perkara terakhir yang dapat diingati oleh mereka ialah bertemu dengan seorang perempuan cantik. -DCM

P/s: Kalau tiada aksi mengikat pangkal penis, rasanya tiada sesiapa pun yang akan membuat laporan polis. GILA!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...