JOHOR BAHRU: “Walaupun anak yang dikandung Anita
bukan anak saya, tetapi saya ikhlas memperisterikannya. Saya juga tidak kisah
digelar ‘Pak Sanggup’ kerana cintakannya,” kata Fadhil Rosman, 22, di sini,
semalam.
Fadhil sanggup berkorban dan memperisterikan
Anita, 18, yang hamil anak tidak sah taraf ketika usia kandungan remaja itu
hampir mencecah tujuh bulan.
Menurut Fadhil yang bekerja di sebuah syarikat
penghantar barang di sekitar bandar raya ini, berbanding jejaka lain
mengidamkan wanita masih dara, hatinya pula terbuka menerima Anita kerana
perasaan cinta dan simpati terhadapnya.
“Ketika saya berkongsi niat dan hasrat dengan rakan, ada ketawa malah ada menyatakan keputusan saya tidak masuk akal kerana kandungan itu bukan milik saya
“Ketika saya berkongsi niat dan hasrat dengan rakan, ada ketawa malah ada menyatakan keputusan saya tidak masuk akal kerana kandungan itu bukan milik saya
“Bagaimanapun, saya kuatkan tekad dan berdoa kepada Ilahi supaya
apa saya impikan ini bukan impian semata-mata. Akhirnya doa saya dimakbulkan
dan kami bernikah pada 29 November lalu,” katanya.
No comments:
Post a Comment