JOHOR BAHRU: Padah keluar dengan isteri kenalan
baik, seorang lelaki maut dibelasah dan ditikam suami kepada wanita terbabit
menggunakan objek tajam di sebuah pasar raya di Plentong di sini, malam
kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa,
Sarmin Arsad, 40, dikatakan baru selesai membeli-belah bersama wanita berusia
lingkungan 30-an terbabit.
Difahamkan, suspek yang terserempak dengan isterinya bersama Sarmin di perkarangan tempat letak kenderaan pasar raya berkenaan terkejut melihat gelagat dan aksi mereka ketika berjalan bersama.
Suspek yang berang menyaksikan perkara itu terus
menyerang mangsa dan menghamburkan kata-kata kesat sebelum nekad menyerang
serta menikam Sarmin.
Akibat panik dengan tindakannya sendiri, suspek melarikan diri manakala Sarmin dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan.
Sarmin bagaimanapun disahkan mati sejurus tiba di HSI.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan
Roslan Zainuddin berkata, mangsa mati ketika dalam perjalanan ke HSI akibat
pendarahan teruk selepas dibelasah dan ditikam di dada sebelah kiri menggunakan
objek tajam.
“Suspek yang berusia 41 tahun melarikan diri sejurus kejadian namun kami berjaya menahannya beberapa jam selepas itu. Dia kini direman untuk siasatan lanjut.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HSI
untuk bedah siasat dan kejadian terbabit mencetuskan suasana panik di kalangan
pelanggan pasar raya berkenaan,” katanya.
Menurut Roslan, pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian dan orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kes diminta tampil membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. : "Times New Roman";color:black'>
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan dan siasatan dilakukan menjurus kepada kes rogol.
“Apapun, polis perlu menunggu laporan daripada hospital sebelum siasatan lanjut dijalankan. Setakat ini suspek yang dikenalpasti belum diberkas,” katanya.
No comments:
Post a Comment