MELAKA: Seorang lelaki yang sedang memadu asmara
dengan kekasihnya dalam sebuah kereta di parkir Dataran 1Malaysia, Pantai
Klebang, di sini, terkejut besar apabila ‘disergah’ anggota penguat kuasa
Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang sedang menjalankan operasi mencegah
maksiat, awal pagi kelmarin.
Dalam operasi bermula jam 1.30 pagi itu,
pasangan terbabit adalah antara tiga pasangan yang ditahan Jaim selepas
didapati melakukan perbuatan kurang sopan dengan berasmara di dalam kereta di
tempat awam.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani
berkata, dalam operasi itu, enam pasangan ditahan berusia antara 19 dan 30
tahun.
Katanya, sebaik tiba di Dataran 1Malaysia, pasukannya membuat pemeriksaan pada kereta yang diletakkan di tempat sunyi dan apabila disuluh di dalamnya, mereka menemui pasangan sedang melakukan perbuatan tidak senonoh

Ada yang sudah membuka baju dan berpelukan sambil bercium di dalam
kenderaan mereka.
No comments:
Post a Comment