Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

30 January, 2012

Jatuh talak jika dilafazkan



SEORANG kawan saya berkahwin dengan pasangannya atas pilihan keluarga. Beliau ada menyatakan perasaan curiga terhadap isterinya kepada saya kerana merasakan isterinya curang dengan lelaki lain di belakang.
Baru-baru ini, isterinya bekerja di luar daerah bersama seorang rakan setugas lelaki. Tanpa pengetahuan isterinya, rakan saya pergi ke hotel tempat penginapan isterinya untuk membuat kejutan. 
Dia menangkap sendiri isterinya sedang bermadu asmara dengan lelaki lain 
di dalam bilik hotel itu. Sebelum ini, dia pernah memberitahu akan menceraikan isterinya sekiranya terdapat bukti.
 
Adakah jatuh talak sekiranya seorang suami menyampaikan hasrat ingin menceraikan isterinya kepada kawan baiknya?
OMAR, 
Kedah
 


SUAMI yang membiarkan isteri dan anak terjebak dalam maksiat dan dosa tanpa berusaha untuk membaiki dan mengubahnya dikenali sebagai dayus (Arab, dayyuth).
 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiga golo
ngan yang Allah tidak akan memandang mereka di hari kiamat nanti, iaitu penderhaka kepada ibu bapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki dayus.” (Ahmad dan al-Nasa’i) 
Dalam kes di atas, suami tidak termasuk dalam kategori dayus kerana melakukan tindakan dalam menyekat isteri daripada melakukan maksiat.
 

Jatuh atau tidak talak apabila kejahatan isteri dapat dibuktikan, talak masih tidak jatuh memandangkan ia tidak dilafazkan. Apa yang dikatakan suami perempuan itu hanya niat atau ranca
ngan semata-mata sahaja dan tidak dikira sekiranya tidak dilafazkan kepada isteri ketika kejadian atau terdapat saksi bahawa lafaz talak dilafazkan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...