Kejadian
yang "menakutkan" pesakit wanita ini berlaku di AS. Saya siarkan
kerana tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku di Malaysia.
Menurut berita Agensi, polis di Hamden, Connecticut, Amerika Syarikat menahan seorang paramedik yang didakwa merogol seorang wanita yang terbaring tidak sedarkan diri serta diikat pada pengusung di dalam sebuah ambulans.
Mangsa yang berusia 22 tahun telah terjatuh dan mengalami gegaran ketika menghadiri sebuah parti percutian. Wanita itu mendakwa dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana diikat pada pengusung. Dia didakwa diserang secara seksual ketika dalam perjalanan ke Hospital Yale-New Haven
Kata wanita itu, dia berusaha mencari orang yang menyerangnya semasa di dalam ambulans pada Disember 25 lalu, lapor polis Hamden.
Mark Powell, 49, North Haven, menyerah diri pada hari Khamis bagi menghadapi tuduhan serangan seksual darjah pertama dan satu tuduhan lain. Dia telah dibebaskan dengan bon jaminan bernilai AS$25 000 (RM78 625).
Ketua Polis Hamden Thomas Wydra berkata bahawa dakwaan tersebut mewakili "tingkah laku yang keterlaluan dan menakutkan" oleh pegawai perubatan kecemasan.
"Masyarakat meletakkan tahap kepercayaan dan keyakinan yang tinggi kepada kakitangan yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat awam, dan situasi yang berlaku dalam kes ini jelas menunjukkan pelanggaran terhadap kepercayaan itu."
"Mangsa dalam kejadian ini telah menunjukkan kekuatan dan keberanian yang tinggi untuk membawa aduan ini ke hadapan," katanya. -DCM
No comments:
Post a Comment