Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

06 January, 2012

Janda Terlanjur Ingin Kahwini Suami Orang !!


Mahu kahwini lelaki baru nikah

SAYA ibu tunggal berusia 38 tahun dan mempunyai dua anak. Saya hidup sendirian lebih kurang dua tahun sehingga bertemu teman lelaki yang jauh lebih muda.
Saya mengenalinya kira-kira empat bulan lalu. Mulanya, saya menganggapnya teman biasa, tetapi berubah menjadi cinta. Saya jatuh cinta dengan tingkah lakunya dan cara dia melayan saya sehingga pulih daripada penyakit murung akibat perceraian terdahulu. 
Walaupun baru mengenali antara satu sama lain, banyak perkara dan latar belakang keluarganya saya ketahui, begitu juga dengan dia. Tiada rahsia antara kami. 

Namun, di pertengahan hubungan, dia memberitahu ada teman wanita sebelum mengenali saya.

Mereka akan bertunang tetapi demi cinta, kami tetap teruskan hubungan dan kerap bertemu.

Tiba masa dia bertunang, saya terima berita mengejutkan dia akan berkahwin dan sebenarnya dia sudah bertunang sebelum mengenali saya.
 

Dia amat tertekan kerana tidak dapat berpatah balik.
 

Saya amat sedih kerana akan berpisah sementara, tetapi
berjanji akan setia bersama walau dia berkahwin. Ketika di kampung dia tetap menghubungi saya. 

Selepas berkahwin, dia masih menghubungi saya dan berpesan supaya menunggunya.
 
Saya terharu dia mengotakan janjinya.
 

Namun, akhir-akhir ini, saya curi-curi berkenalan dengan orang lain sebagai teman sembang di laman sosial. Tiada niat nak menduakan kekasih saya itu.
 
Bagaimanapun, dia dapat menghidu perbuatan saya dan menganggap saya curang.
 

Saya terangkan kedudukan sebenar dan dia memaafkan saya. Kami merancang berkahwin bagi mengelak perkara tidak diingini.
 

Dr, perlukah saya berkahwin dengannya sedangkan dia baru saja berkahwin?
 
Tolonglah kerana saya terlalu menyayangi dan tidak dapat melupakannya.
 

Kami juga pernah terlanjur beberapa kali dan bagi mengelak keadaan lebih teruk kami ingin mengakhiri dengan ikatan sah. Kami merancang bernikah di sempadan.
 

Saya terlalu kusut memikirkan hingga saya abaikan makan minum kerana asyik memikirkan hal kami.
 

NUR,
 
Kuala Lumpur
 



SEORANG lelaki boleh berkahwin lagi walaupun baru saja berumah tangga.
 
Bagaimanapun, dia perlu bertanggungjawab dan mampu berlaku adil kepada semua isterinya.
 

Puan tidak sepatutnya mudah terjebak dalam dosa zina. Keterlanjuran yang berlaku amat disesali. Maruah sepatutnya tidak tergadai hanya kerana cinta.
 

Puan dan pasangan hendaklah segera bertaubat kepada Allah. Ini kerana zina termasuk dalam dosa besar dan membawa akibat buruk kepada diri dan keluarga sama ada di dunia atau akhirat.
 

Jangan sesekali mengulangi perbuatan itu.
 

Usaha perlu dibuat supaya perkahwinan dapat disegerakan dan puan bagaimanapun tidak terikat dengan teman lelaki tertentu.
 

Bawalah berbincang dengan keluarga dan teman terdekat dalam merungkai masalah dan kesan baik dan buruk hubungan berkenaan.
 

Begitu juga hubungan dengan orang lain.
 

Pernikahan di sempadan tetap sah jika syarat dan rukun perkahwinan dipenuhi, tetapi ia mempunyai risiko tersendiri.
 

Ia juga tertakluk kepada undang-undang keluarga dalam negara seperti pendaftaran semula.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...