Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

19 January, 2012

Pendarahan selepas hubungan seks





SAYA berumur 25 tahun dan mendirikan rumah tangga sejak setahun lalu. Selama ini, saya tidak mempunyai masalah bersama suami tetapi sejak dua bulan lalu setiap kali bersama suami saya mengalami pendarahan. Selepas tidak bersama suami, darah dari kemaluan saya tidak keluar dan kadang-kadang ada cecair yang keluar dari kemaluan saya berwarna coklat serta bau yang kurang menyenangkan.
Apakah masalah yang saya hadapi ini? Apakah pandangan doktor mengenai rawatannya?
NANIEY28.
Petaling Jaya, Selangor.



PENDARAHAN selepas hubungan seks lazimnya berpunca daripada serviks (pintu rahim) walaupun ia juga boleh berpunca daripada kawasan lain (faraj dan rahim), sama ada jangkitan kuman, peradangan, keadaan ektropion serviks dan seumpamanya.

Anda disarankan menjalani pemeriksaan dalaman untuk doktor melihat secara langsung keadaan dinding faraj dan permukaan serviks, sebelum melakukan ujian berkaitan contohnya Pap smear atau biopsi jika perlu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...