Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

09 January, 2012

Keputusan bukti badan kehakiman negara bebas: Rais





2012/01/09

KUALA LUMPUR: Keputusan mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan badan kehakiman negara bebas dan mengeluarkan pendapat serta keputusan tanpa memilih bulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. 

"Penghakiman sudah diputuskan...dengan itu sah badan kehakiman negara ini mempunyai reputasi dan pendirian yang boleh disetarafkan dengan keputusan kehakiman negara maju berasaskan kepada 'rule of law' atau keunggulan undang-undang," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Terdahulu dalam satu kenyataan, Rais berkata Malaysia memiliki badan kehakiman yang bebas dan keputusan tersebut membuktikan kerajaan tidak mempunyai pengaruh ke atas keputusan hakim. 

Katanya, gelombang terkini dalam perubahan demokratik berani yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, itu akan membantu memperluaskan ketelusan dalam semua bidang kehidupan di Malaysia. 

Rais memberitahu pemberita bahawa dengan keputusan itu juga, rakyat harus terus berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang. 

"Tiada siapapun berada di tahap lebih tinggi daripada undang-undang negara. Saya yakin dengan keputusan ini, pengikut dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasionalkan kedaulatan undang-undang negara yang tersisip dalam Rukun Negara," katanya. 
Beliau berharap tidak akan ada lagi spekulasi atau gesaan yang boleh memecah-belahkan institusi atau elemen pentadbiran negara serta perpaduan di negara ini. 

"Keputusan dan pendapat mahkamah yang mencerminkan keadilan wajar kita hormati. Saya sendiri amat bangga dengan badan kehakiman Malaysia yang menjalankan tugas tanpa memilih bulu," katanya. - BERNAMA

1 comment:

  1. Pusing kot mana pun betui kat depa juga....
    tu statement sebab anwar bebas .....kalau anwar kena penjara....statement nya bunyi lagu lain pula....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...