Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

15 June, 2011

Jun 15, 2011 - Bak nyawa di hujung tanduk

Bak nyawa di hujung tanduk
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my
TUGAS sebagai editor dan penyampai berita Buletin Utama, membuatkan Azwaliza Azman, 30, atau Wawa sering berhadapan dengan dugaan hingga membuatkan dirinya berasa tertekan dan mahu berundur.
Katanya, setiap kali perasaan itu timbul, dia akan bertanya kepada diri sendiri. Pertama mengapa memilih bidang ini dan apabila memikirkan mengenainya, membuatkan semangatnya kembali kuat.
“Sudah menjadi resam hidup, bukan semua orang sukakan kita dan begitulah sebaliknya. Kadang-kadang kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak.

“Apa yang penting bagi saya adalah keikhlasan. Kita harus ikhlas bekerja kerana ia periuk nasi dan tempat kita mencari rezeki. Berhadapan dengan sikap manusia yang berdengki memang ada memandangkan hati manusia lain-lain. Pada saya kita tidak perlu ambil pusing dan sentiasa pandang ke hadapan,” katanya.

Memikirkan kembali pengalaman hampir 11 tahun bersama Buletin Utama, jelas Wawa memang ada antara peristiwa dialami meletakkan dirinya dalam bahaya. Ibarat kata pepatah, nyawa di hujung tanduk tetapi kerana minat, segala kepayahan dilalui diharungi juga.
“Sepanjang tempoh itu banyak peristiwa pahit dan manis saya lalui. Bagaimanapun setiap daripadanya saya pandang dari sudut positif dan ia memang sebahagian daripada tugas sebagai seorang wartawan,” katanya yang menjadikan wartawan penyiaran seperti Wan Zaleha Radzi dan Lorraine Hahn sebagai idola.

Sementara itu Mohamad Yasir Mansor, 38, atau Yasir yang hampir 13 tahun bertugas sebagai wartawan penyiaran, mengakui menerima kritikan penonton secara terbuka. Akuinya, tidak menafikan pada peringkat awal ia membuatkannya kecut perut apabila mahu berhadapan dengan kamera.

Tambahan pula dia tidak pernah terfikir akan menjadi penyampai berita kerana sepanjang kerjayanya sebagai wartawan penyiaran pemegang ijazah komunikasi massa dari Universiti Teknologi Mara (UITM) ini hanya mahu berada di belakang tabir.

“Saya masih ingat pada peringkat awal ramai yang komen mengatakan saya berwajah kebudak-budakkan. Tidak kurang ada yang kata saya terlalu serius. Bagaimanapun segala kritikan diterima itu saya jadikan panduan untuk memperbaiki corak bacaan dan persembahan. Begitupun pada saya apa yang penting adalah berita itu sendiri kemudian baru penyampainya,” katanya.

Walaupun dikenali dan sering menjadi buruan gadis manis, Yasir bagaimana pun berasakan apa yang dilakukan adalah sebahagian daripada tugas dan enggan diletakkan atau digelar selebriti.

“Sebenarnya tugas saya dan jawatan profesional lain sama saja, cuma yang membezakan kami dengan mereka adalah kerja kami memerlukan kami berhadapan dengan kamera.

“Bagaimanapun saya berterima kasih kepada penonton setia TV3 yang selama ini banyak memberi sokongan kepada Buletin Utama dan menjadikan ia saluran berita nombor satu dan paling ramai penonton,” katanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...