Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

18 June, 2011

Jun 18, 2011 - Gara2 nak Bantu Kekasih !!!!

lakaran tmpat dadah disebunyikan

SEPANG: Gara-gara mahu membantu ‘kekasih’ melepaskan diri daripada ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), seorang wanita berusia lewat 20-an kerugian RM100,000 selepas memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun individu terbabit yang dipercayai ahli sindiket penipuan wang menggunakan telefon.
Pengarah Kastam KLIA, Datuk M Govinden, berkata wanita terbabit terpedaya selepas menerima panggilan daripada individu yang dipercayai menyamar pegawai JKDM dan memintanya memasukkan wang sekiranya mahu melepaskan ‘kekasihnya’ yang dikenali ketika belajar di United Kingdom (UK).

“Suspek memberitahu wanita itu ‘kekasihnya’ yang berkunjung ke negara ini ditahan dan meminta dia membantu untuk melepaskannya.
“Kes ini berlaku pada bulan lalu dan terbaru seorang wanita berusia 50-an yang berasal dari Bangi, Selangor, menerima nasib sama selepas ditipu RM10,000 daripada seorang lelaki yang dikenali menerusi Internet.

“Wanita itu memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun suspek selepas menerima panggilan daripada seseorang yang menyamar pegawai JKDM,” katanya pada sidang media di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JKDM di Kompleks Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Govinden berkata, suspek mendakwa lelaki terbabit ditahan selepas membawa wang
200,000 (RM980,074) sebelum meminta bantuan wanita terbabit untuk melepaskannya.
“Berdasarkan rekod tahun lalu, sebanyak 33 kes membabitkan penipuan telefon yang dilakukan suspek dan sepanjang enam bulan pertama tahun ini sebanyak 15 kes sudah dikesan.

“Justeru, kami ingin menasihati orang awam supaya tidak mudah tertipu dan membuat aduan di talian 03-87768055 sekiranya mendapat panggilan seumpama itu,” katanya.
Sementara itu, pada Rabu lalu, JKDM menahan seorang lelaki warga India berusia 30-an di Balai Ketibaan, KLIA, selepas membawa empat bungkus serbuk putih yang disyaki dadah jenis ketamine.

“Pegawai kastam yang menjalankan pemeriksaan menjumpai dua bungkus dadah diselit pada badannya dan dua bungkus lagi diletakkan pada kaki.

“Berat kasar bagi semua serbuk putih itu berjumlah 2.8 kilogram dan dianggarkan bernilai RM56,000,” katanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...